Tuesday 31 May 2011

Jalan2 ke Jempol

Ahad lepas ada member hubby kawin kat Felda Jempol.
Pagi kitorang dah gerak kuar sebab janji nak berkonvoi ramai-ramai 10.30 dah kene ada kat R&R Seremban.
Awal Nafiz dah kene kejut bangun, nak siap2 kan dia takes time jugak.
So kul 10.00 dah sampai R&R Seremban, sempat breakfast dulu baru budak2 lain sampai.
Jauh jugak Felda Jempol ni rupanya..
Dah la panas jek cuaca skrg ni, so lagi la terasa jauh perjalanan...
Sampai kat umah orang kawin tu dalam kul 2 lebih.
Sampai2 pengantin tengah di kompangkan.
Cuaca sangat panas & berbahang..
Sempat jugak tangkap 1 keping gambar pengantin.
Pengantin laki is inspektor polis so diorang kawin bawah pedang..


Pengantin yang sama cantik sama padan
Penat suruh Nafiz posing amik gambar..
Gambar dari pandangan belakang je yang dapat di ambil..
Hehehe


Panas2 pun Nafiz aktif bermain2

Tuesday 24 May 2011

Window shopping during lunch time

Lunch tadi g window shopping.
Niat nak rembat kasut since baru dapat gaji..
Suka suka!!
Pusing punya pusing, jumpa gak la kasut kerja kat Lewre yang berjaya membuatkan hati tertawan..
Ceh, poyo jek ayat!  =D
Yang lagi best tuh tengah ada promption 50% diskaun...
Lagi la hati ni cair!
Tapi ntah kenapa tak terus beli tapi rasa nak survey-survey dulu kat kedai-kedai lain..
Tengah jalan-jalan tuh, so ternampak la kat Desigual ada shirt yang memang sangat la menarik kalau dapat beli..
Pergh, berpeluh gak la bila tengok harga dia!
New collection lak tuh, so memang confirm mahal la kan!
Aku berjaya gak curi-curi amik gambar baju-baju tuh.
Ada 2 helai ekceli yang berkenan di hati kat Desigual tuh.

Gambar kabur sikit sebab nama pun curi2 amik gambar.. hehehe

Yang ni kalau tengok live memang cantik, tapi dalam gambar ni tak berapa sangat. tak fotogenik kot!

Yang flowery sikit ni yang aku berkenan sangat...
Takde diskaun, so kene tanya Mr Hubby la kot-kot dia nak belikan untuk hadiah besday akan datang ke..
hehehe..
Confirm malam ni akan termimpi-mimpi kasut Lewre and baju Desigual tuh..
Haiyaaaa!!!!


Megi goreng di pagi hari

Selamat hari selasa kawan-kawan!
Arini bersemangat sikit nak kerja..
Setelah semalam satu hari tak de mood langsung buat keje..
Boss pulak cuti semalam.
So lagi menjadi2 la kan...
Hehehe... Ampun boss!
Hari ni start the day dengan breakfast megi goreng kat Pelita.
Dah lama mengidam ni.
Dapat pekena, pergh heaven giler...
Minum pulak teh tarik suam, memang sume makanan 'berkhasiat' sangat ni..
Kalau ikut kalori, mau kene buat treadmill 1 jam ni..
Ayoooo.....

Lebih kurang ni la, tapi gambar ni aku amik kat internet..

Monday 23 May 2011

Confius2

Tadi aku surf2 internet pasal blind plastik a.k.a venetian blind. Pastu aku terjumpa la cerita kat blog ni pasal dia buat venetian blind kat 1 kedai area Melawati. Lepas di google kedai tu, so aku pun kol la untuk bertanya dengan lebih lanjut.

aku: hallo, ni kedai A...
kedai: ye
aku: ada jual venetian blind ke?
kedai: ada2.
aku: kedai tutup pukul berapa?
kedai: pukul 6.
aku: weekdays bukak sampai kul bape?
kedai: pukul 5.
aku: kalau tempah venetian blind, berapa hari boleh siap?
kedai: 1 minggu saja.
aku: ok lah, nanti saya discuss dgn husband and kol balik ok.
kedai: ok

5 minit pastu aku kol balik.

aku: hello.
kedai: kedai A sini.
aku: nak tanya if nak tempah venetian blind, boleh ke? Tapi saya belum pasang kitchen cabinet lagi. Saya ada baca yang better pasang blind dulu baru pasang kitchen cabinet. Betul ke?
kedai: eh, tak ada la. Baik u pasang itu kabinet dulu baru ok maa pasang blind.
aku: kenapa?
kedai: sebab nanti u boleh ukur betul2.
aku: ooo (tapi dalam hati ckp 'ye ke, bukan better pasang dulu ke'.. apa2 je la amoi..)
kedai: rumah u kat mana?
aku: kajang.
kedai: wah, jauh maa dari sini. Sini dekat taman melawati. Baik u cari kedai kat kajang la maa.. Senang kalau apa2 nak kene betulkan ke. U cari la kedai area sana eh. Senang la. (dalam nada cepat2 nak letak)
aku: ????

Confius kejap aku.
Aku nak bgtau dia if aku nak beli & pasang sendiri blind tu, so tak kisah la kan kalau aku nak beli kat kedai mana2 pun.. Even kedai dia sekali.
Tapi tak sempat sebab dia dah letak.
Lagi pun Melawati & umah sewa sekarang x lah jauh sangat, tu yg aku kol tuh..
Aduyaiii amoi..
??????

Aktiviti di hujung minggu

Arini mood malas untuk bekerja la.. Isnin jek mesti cmni... Ni baru cuti 2 hari, lum cuti 20 hari lagi kan.. ish ish.. Sori ye boss.. Esok saya akan bekerja bersungguh2! hehe... Leh caya ke ni???


Nak cite semalam kitorang g cari kotak sebab nak start kemas barang2. So aku pun tanya la kat kedai runcit (tapi kedai ni besar mcm pasaraya la jugak) kat area umah aku tuh. Bila tanya pekerja kat belakang ckp leh tak aku amik kotak, diorang leh reply ngan kerek nya kat aku! Macam la aku ni kerja mengutip kotak untuk dijual! Hampeh btul... Sebab tak nak gaduh aku pun blah dengan perasaan yg sangat bengang! dem it la... Last2 aku jumpa gak kotak kat kedai baby ni. Tapi kene beli la 50 sen sekotak. Ok la dari kene bayar 5 ringgit sekotak kan..


So sesi mengemas pun berjalan la sampai petang... Abis sume gelas, pinggan, mangkuk aku dah balut ngan kertas and letak dalam kotak. Just tinggalkan untuk guna jek. Aku pelik la, barang nampak tak de la banyak pun tapi bila mengemas ni rasa cam banyak la pulak.. aish.. Ni baru dapur yang kecik, bilik2, living hall belum kemas lagi ni.. Mainan2 Nafiz pun leh tahan banyak gak ni.. Aduii.. Nak kene cari kotak lagi la nampaknya!


Sabtu aritu aku dah g tempah langsir. Last2 g tempah kat Nagoya jugak. Tapi yang tak best tuh langsir siap 3 hari selepas aku pindah nanti. Alamak, sebelum tu aku nak cover tingkap cmne ni ek?? Kalau biar jek kosong sementara tunggu langsir siap aci tak??

Petang ni lepas balik keje nak g Nagoya balik sebab nak tempah blind plastik untuk tingkap dapur. Malas nak pakai langsir kat dapur tuh, saja nak cari kelainan sikit. hehehe... Dah cari dah semalam kedai2 tak de yang jual blind plastik la, yang blind kayu tuh banyak la.. So tu yang decide nak tempah jek kat Nagoya sebab situ jek yang kitorang tau ada amik tempah yang murah.

Friday 20 May 2011

Tiket movie

Bila baca kat blog Asiah pasal Nur Kasih The Movie ni, aku teringat semalam ada member lama kol nak bagi tiket movie.

Dia suh pilih cite Nur Kasih ke cite Pirates of The Caribbean ke.

Dia ni banker. Kitorang salu deal masa aku kat tempat keje lama dulu.

Flashback sikit, masa kat tempat keje lama aku mmg deal hari2 ngan bankers.

So rapat la ngn diorang ni.

Bila aku dah g tempat baru, banker ni la yang still contact aku lagi.

Yang lain tuh baik sebab ada kepentingan je la kan.

Ye lah, sape yang x nak business dari kitorang kan.. (alamak, cm ayat berani mati la pulak kan..hehe)

Berbalik kat cite banker ni, aku tolak baik2 la offer dia tu.

Aku x amik sebab cam segan.

Pastu cam susah aku nak bawak Nafiz g tgk movie..

Kang dia x duk diam, aku ter miss la pulak part2 best nanti..

Pastu Company aku pun ada booked 1 panggung kat The Curve tu cite Nur Kasih ni.

Tapi untuk member2 Kelab company la.

Sape jadi member, harga tiket tu RM5 jek!

Best kan..

Ramai member2 aku amik, ye la murah kan..

Again, aku tengok je la diorg excited g amik tiket tu.

Sebabnya, susah nak g tgk movie skrg ni...

huhuhu

Sedey2...

(p/s: untuk bacaan umum sahaja. tiada kaitan dgn sesape yg masih hidup atau pun yg sudah meniggal dunia. hehe)

~T.G.I.F~

 Hari ni saya sangat happy sebab hari ni hari jumaat...

So maknanya esok cuti!!!

Yey! boleh la nak pegi jenguk rumah..

Saya sangat suka!

Tapi malam ni nak balik Kuantan jap nak antar langsir untuk dijahit and baju melayu mr hubby & Nafiz untuk ditempah.

Lepas tu esok tengah hari balik KL balik..

 Pas tu leh la ke Kajang tengok umah..

yey yey yey...

Tak sabar nak jenguk rumah sebab smlm Farid cakap dia dah pasang gate..

So nampak la lengkap sikit rumah ku tuh kalau tak cam rasa open sangat takde gate..

hehehe..


Thursday 19 May 2011

::Sedetik lebih::

Tak tau nape sekarang asyik nyanyi lagu "Sedetik Lebih-Anuar Zain" ni jek..

Kalau terleka jek mesti lagu ni yang aku nyanyi..

Sampai terikut2 mr hubby lagu ni jugak..

hehehehe

Masa nak tulis post ni, tiba2 guest CEO from Netherland datang nak bersalam-salaman ngan staff kat opis ni..

Terus la aku nyorok, malas nak salam orang puteh ni...

Nasib la diorang x nampak aku.

Kalau tak, sampai ke tempat duk aku ni diorang datang nak bersalam..

Fuhh, lega den!

Ok, nak sambung buat keje..

Ops silap, nak sambung buat-buat busy..

hehehe

Wednesday 18 May 2011

Rumput karpet

Bestnya semalam cuti kan.. Bila la dapat cuti lagi ni... Demotivated pulak nak keje bila dh cuti lama ni kan.. huhu.. So since semalam cuti, kitorang pun pegi la mencari nursery yang menjual rumput karpet murah. Sebab kitorang nak tanam rumput kat belakang umah tuh, biar nampak hijau sikit. Lagipun leh la Nafiz main bola kat belakang tuh.. hehe... Tanya2 kat kawan, ada yang bagitau kedai nursery murah kat area cheras. Aku x sure sangat kat mana, tapi ingat la direction nak ke kedai tu. Kedai tu dekat ngan simpang nak ke hulu langat.

Seronok betul aku tengok bunga2 & pokok2 hijau kat situ.. Terus rasa nak beli pokok berdaun yang comel pulak pasni utk letak kat tepi sinki. Redup jek mata memandang kan.. Lagipun tengok kat dalam majalah dekorasi, cantik jugak letak pokok berdaun comel kat dapur. X sabar x sabar nak pegi situ lagi...

Tapi sebelum tanam rumput tu, kene bersihkan dulu & ratakan tanah kat tmpt nak letak tu. Kalau kita x nak buat sendiri pun x pe, pekerja nursery tu akan buatkan, tapi kene extra charge la. So untuk menjimatkan cost, mr hubby decide nak buat sendiri. So bab2 bersih/meracun/rata tanah kat belakang tu memang mr hubby la yg buat. Kalau harapkan aku, memang x buat la kan.. (^_*)




Ni gambar sebelum rumput dipotong/racun.. Scary kan tengok! Nak turun kat bawah tu pun aku takut, so mmg jgn harap la kan aku nak potong.. hehe


Ni lah dia gambar semasa proses2 tu berlangsung.. Tabik kat mr hubby sebab panas2 pun sanggup buat! I lap u la... hehe Nafiz lak jadi pemerhati yg setia kat tepi tuh.. Puas gak aku halang dia nk turun 'tolong' ayah dia.. Nanti x jadi apa lak kan.. Nafiz Nafiz.. hehe

Tengah mencagkul buang batu2 yang ada kat situ..


So ni lah hasil penat lelah mr hubby.. yey, dah bersih dah! =)

Pastu kul 3pm nursery tu sampai utk tanam rumput kat belakang tu..

Step 1: ratakan tanah dulu, buang batu2 yang ada...




Step 2: letak pasir pulak lps tanah dah rata.




 Ibu and Nafiz interframe. Hehehe... Seronok kitorang tgk tokey tu buat keje..


Ni lah hasilnya selepas dah letak pasir.. Pasni leh la letak rumput dah..


Start letak rumput kat korner tu dulu.. Kene susun elok2 so that jadi rapat..


Ayah and Nafiz lak interframe... hehe.. Nafiz dah start x leh duk diam..


Tiga suku dah siap letak rumput...

 

Tinggal kat korner ni pulak...


Dah siap letak kat korner ni...


Nafiz dah turun tolong pijak rumput tu. Tokey tu kata kene pijak2 sikit rumput ni lepas letak sbb nak bagi dia lagi rapat dgn tanah...



Ni lah dia hasilnya... Rumput sudah siap di letak/susun...


So sekarang aktiviti menyiram pulak.. Tokey tu suh siram 2 kali sehari... Kalau  tak takut rumput tu kering..


Rumput yang selepas disiram.. Nampak fresh jek.. Yey!!


Nanti leh la Nafiz main ball ngan Ayah kat sini... (^_*)

Monday 16 May 2011

Unfit to work today

Arini ku mc sbb sakit perempuan..
Hehe
Faham2 la ye..
Lps g klinik dpt mc, skrg ni aku otw ke kajang nk tgk umah.
Agaknya dh nk siap kot keje contractor tu..
Pastu nk g ukur pintu & tingkap utk buat langsir..
Ops, tp jgn bgtau bos ku ye aku g sana..
Hehe
Bos, lps ukur2 sume ku kan blk berehat.
Staff mu ini x tipu!!

Thursday 12 May 2011

Rasa nak makan lagi la..

Tadi lunch aku amik nasi lauk ikan pastu ngan sayur.

Time makan tu ada lak kakak yang duk sekali ngan aku & kawan2 komen pasal ikan.

Dia cakap dia x lalu nak amik ikan if makan kat luar.

Sebabnya takut berbau...

Adus, dia x perasan ke or memang sengaja nak bukak topik pasal ikan berbau ni??

Kembang dah tekak aku.

Tapi aku abiskan jugak makan la sebab sayang bayar mahal2 tapi x makan.

Sampai opis jek trus x leh tahan lagi tekak kembang ni, g toilet then trus "bwek bwek"...

Lepas "bwek bwek" tu baru la lega..

Tapi yg jadi masalahnya, aku dah start lapar balik ni..

Makanan lak takde spare kat opis ni.

Biskut dah abis, lupa nak beli.

So utk tahan lapar, nak g buat ait milo la..

Tak patut la kakak tadi tu tau.

Buat spoil selera makan aku jek!

(o_O)

Tuesday 10 May 2011

Hari makan2..

Hari ni hari makan2 aku.. Pagi tadi breakfast makan bihun goreng ngan hati masak kicap, pastu amik kuah sardin sebagai penyedap rasa.. Sampai opis ada lak member offer makanan sebab dia saja bawak lebih.. MIL dia suka masak so dia request buat megi goreng lebih untuk bawak ke opis.. Pergh, makan lagi aku ni.. Dah la sedap MIL dia masak sebab pedas2 manja gitu, so aku tambah dalam 3 kali.. Tapi 3 kali tu bukan banyak sangat la sebab aku pakai piring cawan kecik tu so sedap la sikit hati ni.. Hehehe... Aci tak??

Pastu lunch tadi ingat tak nak makan, tapi 'ter' jugak sebab terjumpa kawan lama so diorang ajak borak2 sambil makan.. Menu yg aku amik ialah nasi (suku jek! hehehe.. pening makcik yg ceduk kan nasi tu sbb aku request nak suku!), pastu ayam kampung berempah ngan kerabu mangga. Ops, tertinggal lak sambal belacan untuk cicah ayam kampung tuh. Pergh.. memang sedap!! Tapi control beb! Takut gemuk lak nanti.. Adus... sangat la berselera makan lately ni.. Memang dah langgar diet ni.. Nampaknya nak kene g gym balik ni time lunch...

Hukhukhuk...

Monday 9 May 2011

Rindunya kat Nafiz

Arini rasa sangat rindu kat Nafiz..
Semalam Nafiz kena marah sebab tumpahkan air.
Arini bila teringat balik rasa cam sedih dan rindu sangat2 kat Nafiz..
Rasa nak peluk dia and x nak lepaskan dia..
huhu
Cepat la pukul 5.30... Dah x sabar nak balik jumpa Nafiz!
Lambatnya masa berlalu...
adusss...

Friday 6 May 2011

Apa nak jadi?

Tadi baca dalam paper arini, kursus perubatan dah dibekukan utk 5 thn akan datang? Biar betul.. Reasonnya dah berlambak doktor pelatih sekarang ni.. Hmmm.. rasa baru jek dengar komen yg kekurangan doktor, tup tup ni dibekukan pulak... Dahsyat la orang sekarang ni.. Semua course berlambak2 graduate ni.. Tak tau la akan datang cmne! Competition sangat la sengit.. Orang pandai lak semakin ramai sekarang ni.. Terus terfikir time Nafiz nanti camne la kan.. Nafiz nak keje apa agaknya.. Hmmm nak suh Nafiz amik course Architecture la.. Nak suh dia jadi architect sebab nanti dia leh design umah cantik2 untuk aku! hehehe.. Reason simple kan yet mcm selfish bunyi dia.. Hahaha.. Tak pe la. Apa pun yang Nafiz nak jadi, Ibu akan tetap sokong dari belakang!

Thursday 5 May 2011

Progress rumah...

Hi all,
Ni last week nya activity..
Asyik la x menyempat nak post, tapi save kat draft jek..
So arini nak cite la kat korang apa aktivities last week..
Isnin aritu kitorang cuti, saje nak g tgk umah..
Nafiz aku hantar kat umah babysitter, sebab kalau bwk dia sekali mmg x jadi keje la kan..
hehe.. Sian Nafiz, Ibu terpaksa tglkan Nafiz, tp mmg serba salah sbnrnya!
Ekceli, pegi sebab nak monitor keje2 contractor & at the same time nak discuss psl umah..
Sebab ahad petang tu kitorang dah antar lampu2 & kipas2 utk pasang kat sana..
So kene la pegi sbb nnt contractor x tau pulak nak pasang kat bahagian mana (i.e. kipas dapur mana 1, lampu bilik mana 1, wall light, etc) kan...
At the same time nak discuss psl tiles, pasal cat jugak..
Setengah hari gak la duk sana...
Lepas dah settle, kitorg g IKEA lak.
Saja cari accessories utk umah...
Tapi yg paling penting, nak survey dulu mana yang sesuai,
bila dah agak2 nak pindah leh la beli..
Seronok g IKEA, tapi kene plan betul2 mana nak beli dulu or kemudian.
Kalau ikutkan hati, memang sume nak beli.
Tapi bila pikirkan psl budget, fuhh... berpeluh di buatnya!!
Jom tgk gambar umah yang aku ambil aritu...

Contractor tgh sibuk buat keje kat luar.

Nak luaskan pagar tu so that leh masuk 2 keta..

Suka siling ni sbb hasil idea aku.. hehe

Hubby tgh sibuk meng-check lampu2 & kipas2 cukup ke x..

So tu je la update untuk kali ni..
Nanti ku upload lagi gambar2 umah..
Ish, dah x sabar sebenarnya nak pindah ni..
(^_^)

Wednesday 4 May 2011

**Special menu for dinner today**

Rasa mcm lama x update kat sini..
Bukan tak nak tapi x sempat..
huhu...
Tadi dinner hubby belanja makan best!
Hubby suh ku pilih menu apa nak makan..
Bila tgk menu terpandang lak 'ketam sos tiram'.
hmmm trus nak try yang tuh..
x penah try, so nak gak rasa ketam sos tiram tu rasa cmne..
Memang sedap la bila dah try!
Hingga menjilat jari bila makan ngn nasi panas2, ayam 3 rasa, sotong tepung (ni fav Nafiz!!) and last but not least baby kailan ikan masin (sayur mmg menu wajib)..
Perrgghhh.. mmg x toleh kiri kanan la...
Nafiz pun mkn byk td..
hehe
Sume balik kekenyangan...

Menu for our dinner today.. (^_*)
Close up sikit... yummy...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...