Wednesday, 11 January 2012

Tak sempat

Baru nak start blog walking and update blog, bos dah tanya tengah buat apa..
So kene la sambung balik nanti..
Nampaknya x berupdate lagi la blog ku ini.. huhu

Sunday, 1 January 2012

Happy New Year 2012

Assalamualaikum u all,

Tahun 2011 dah pun berlalu. For me personally, macam2 pahit manis yg berlaku sepanjang tahun. In terms of kerjaya, it was not a good year for me. But anyway, it did thaught me a lot of experiences for me to go further in the challenging year ahead. Biarlah sume yang berlaku aku simpan kemas2 and berharap 2012 akan membawa lebih kejayaan dan kebahagiaan dlm kerjaya ku. Ya Allah, permudahkanlah segala ururan kerjayaku di tahun 2012 ini,semoga aku lebih gembira menjalankan kerja2 ku, dan lebih berjaya berbanding tahun2 sebelumnya, amin.

Tahun 2011 jugak tahun yang banyak meninggalkan kenangan manis untuk diriku dan keluarga. Setelah 3 tahun lebih duduk dirumah sewa, akhirnya rezeki kami untuk berpindah ke rumah sendiri yang lebih selesa, alhamdulillah. Seronok melalui fasa berumah sendiri still belum abis lagi. Ada je yang nak dibeli, di-deko. Ada je yang tak puas hati. Tapi apa pun, perancangan kewangan pun penting jugak, in order untuk merealisasikan plan2 kitorg tuh.. hehe

Tahun 2012 akan jadi lebih mencabar lagi in terms of our family planning. Everything perlu di-consider, especially dengan kehadiran baby baru tak lama lagi, Oh, sangat tak sabar nak tunggu middle of Feb ni! Ya Allah, kau berilah ku kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang akan bertambah nanti, berilah ku kesenangan dan dipermudahkan dalam segala hal, diberi kesihatan yang baik serta kebahagian didalam family ini, amin.

Semoga tahun 2012 membawa lebih kebahagian dan kegembiraan kepada kita semua. Diharapkan kita semua akan menjadi insan/muslim/muslimah yang lebih baik lagi berbanding sebelumnya. Dan dipermudahkan dalam segala urusan kita sepanjang tahun nanti. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...