Friday 28 December 2012

YES yang tak bape nk yes..

Nak mengadu ngan korang ni..
Time lunch sekarang.
Tapi tak tau nak turun bawah ke tak.
Sebabnya kalau turun takut terhabiskan duit la pulak..
adoi.. bahaya btul la..
Kang jalan nak g beli mknan pun ada possibility utk tergugat ni..
SALE sana sini..
YES (year end sale) + krismas sale ni memang la sgt menduga keimanan aku..
Ces, ni kalau sebab dah shopping hari2, memang tak insaf la kan! (cakap dgn diri sendiri)

Yang takde benda nak beli pun tiba2 dah ada list yg panjang "things to buy"..
Parah2..

List yg tiba2 ada dlm kepala otak ni.. Things to buy ke??
1. baju2 -  tengok Zara, MNG, Isetan, u name it je la.. sume sale! dem.. yang Zara tak tahan tu!!
2. wedges utk santai / yg boleh bawak pegi keje - padahal dh berlambak dlm almari kasut tu..
3. jam tangan - jam tangan yg ada 2 ni pun cam elok lagi tiba2 je bosan nk pakai & gatal nk yg baru..
4. novel2 - yg ni nampak rational sikit kalau beli sbb boleh claim tax..
5. mothercare - ni pun satu. asyik bagi sms bgtau ada diskaun.. bahaya2!
6. GAP - sama ngn mothercare! sms x jemu nk mengoda aku la tuh! OMG!!
7. Stride rite - ok ni mmg dah tergoda aritu! comey sgt kasut ELMO Sesame Street tu.. hukhuk terbang $$ lagi...
8. Coffee Bean.. - alahai sedapnya Caramel Coffee dia! Small pun dah belas2 ringgit..
9. bla bla bla..
1. bla bla bla..

So korang tau la kan betapa bahayanya keje kat tempat2 yang ada sume ni..
hmm perut dah berbunyi ni..
Lapar la pulak.. nak kene turun jugak la jwbnya..

Tiba2 nyanyi lagu ombak rindu lirik sendiri ni..
""Tuhan tolong lembutkan hati aku.. Untuk tidak shopping lagi cukup2 la tu.."


Wednesday 12 December 2012

Tiramisu simple

Arini nak post resepi tiramisu yg simple..
Resepi ni dapat drpd kakak kat opis.
Dia ckp resepi ni senang jek, sesuai utk org yg xde oven cam aku ni.. hehe
So semangat carik bahan2.
Pegi kedai Yummie kat Bangi tu carik bahan.
Tak penah beli whipping cream & cream cheese..
Memang menjajau carik sebab tak kenal rupe cmne..kahkahkah

Bahan2 Tiramisu simple:

1 biji kek (aritu pakai biskut lady's finger)
250ml whipping cream (tapi rasa cam lebih sikit je letak)
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus (ikut suka kalau nak manis, letak lebih sikit)
1 cawan air panas (utk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
Serbuk koko utk hiasan (saja try guna serbuk coklet)

Cara2:
1. Bancuh nescafe dgn 1 cawan air panas tadi.
2. Satukan gula, cream cheese & whipping cream.
3. Pukul sampai kembang & gebu.
4. Potong kek ke 2 bahagian. Susun 1 bahagian dlm bekas. (if sape2 yg guna biskut sila abaikan step ni).
5. Tuang 1/3 bancuhan nescafe atas kek. (or celup biskut lady's finger ke dlm nescafe. Tapi jgn celup byk sgt sbb nnt biskut kembang pulak..Then susun rapat2 dlm bekas)
6. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek (or biskut).
7. Susun lagi bahagian kek yg selebihnya (or celup biskut dlm nescafe & susun lagi dlm bekas)
8. Ulang sampai habis, pastu masuk dlm fridge
9. Masa nk makan nnt, taburkan serbuk coklet atas dia..
Dah siap...
Senangkan??


yang ni pic b4 taburkan serbuk coklet

selepas taburkan serbuk coklet..
lupa nak amik gmbr, so time tgl separuh je baru ingat nk amik gmbr.. =)

Cuba jangan tak cuba ye! =)


Thursday 6 December 2012

Baking membaking..

So far mood untuk membaking telah 'dreams come true'..
hehe
Tapi agak limited sikit sebab oven takde.
Hanya boleh fully utilised peti sejuk je..
Kalau google resepi tu, terpaksa cari yg tak yah kene guna oven, mcm kukus ke, or sejukkan dlm peti sejuk je..

Aritu dah try buat Oreo Cheese Cake.
Dapat resepi drpd Asiah.
Thanks Asiah!! memang menjadi la dgn sekali try..
hehehe start la dh pasang angan2 nk join master chep okeh..


Bab nak pecah2 oreo tu yg best tuh.. Pecah sikit oreo, yg lebih masuk mulut.. haha

Ada terasa mcm tutti frutti pulak kan..

tadaaa.. dh siap dah! Kalau ada gmbr ultraman, sure aku dh beli letak situ...

Seronok dia! tapi ben 10 tu yg dia abiskan dulu...

Pasni nak survey image ultraman..
Kalau dapat, memang lagi si Nafiz suka!
So far yg byk ada kat kedai gambar Ben 10 ngan Angry Bird jek..
Susah nak cari yang gambar2 lain..
Sape2 ada jumpa meh inform, leh g carik...


Saturday 1 December 2012

Dua2 suka air - Part 2

Ok nak update aktiviti time cuti wiken aritu..
Presint 11 pulak kitorang pegi bawak Nafiz mandi2.
Tau ni pun drpada kawan.
Rasa jauh sikit Presint 11 ni, sebab tak penah pegi kot..

Sampai sana dh kul 10 lebih..
Excited bila tgk org kat parking tu bwk pelampung bagai.
Mula la Nafiz komplen ckp x bwk pelampung..

Sampai2 tengok pool dia sangat cantik & bersih..
Nak mandi kat situ kene bayar.
Tapi untuk umur 3 tahun ke bawah free je..
So x tau la bape ringgit fee utk mandi situ..

Meh tengok gambar pool dia.. best sgt!




Esok nk bwk budak2 mandi lg kt sini...
Seronok tgk diorg hepi..
Salu balik keje dh mlm, so wiken penat sikit layan budak2 ni apa la hal sgt kn..




Friday 30 November 2012

Dah terbukak hati nk terima

Ok, sebelum ni memang aku x penah nk mimpi beli barang2 brand COACH ni..
Signature logo dia yg huruf C tu aku x bape berkenan sgt.
Sebabnya kalau beli original pun org ingat beli kat uptown je...
Baik beli brand yg xde brand sgt pun aku sanggup..
Aku x support barang2 tiruan ni...

Tapi since dpt hadiah drpd suami tersayang sempena besday 3 series ni, cam dah terbukak hati ni suka kat coach lak..
Maybe sebab design baru ni takde huruf C, & kaler dia nampak fresh, tu kot yg aku dh start suka..
Thanks to suami tersayang sebab sanggup 'korban'kan duit.. hehe
Tak leh imagine dia beli kat butik kat mid valley tu & pilih beg yg sgt aku berkenan ni!
Macam tau2 je taste aku...
& bwk lak paper beg tu sampai parking..
Sangat the surprise bila time balik opis dia suh aku simpan brg2 dlm bonet keta & bila bukak tu nmpk ada paper beg colourful tu..
i like your surprise k!! :)


My 1st collection..
Hadiah dari suami tersayang..
Since aku suka warna putih & merah sekarang, so memang sgt masuk dgn taste aku la! :)




Wrislet

Yang wristlet ni aku baru beli tadi..
Tak tunjuk pun lagi kat suami tersayang.. hehe
Tengok ada sale kat butik tadi, tapi barang2 clearance je rupanya..
Yang ni normal item..

Yang ni tak sengaja beli masa jalan2 kat alamanda aritu..
Pun kebetulan brand sama gak..
Serius x rancang!










Hmm tu la kadang2 kita cakap tak suka sangat kat satu2 brand tu, lama2 jadi suka lak..
kehkehkeh



Wednesday 28 November 2012

Dua2 suka air - part 1

Dh lama post ni dlm draft list jek..
Asyik lupa nk tekan 'publish'..

Nk cerita aritu atas cadangan asiah, kitorang bwk budak2 mandi kat presint 9.
Nafiz yg plg seronok la..
Pagi2 sabtu kitorg gerak, siap tapau nasi lemak & kuih muih.
1st time nk pegi ni, takut lak xde jual mknan kat situ kan so tu yg tapau.
Rupanya tepi tu ada foodcourt.
So kitorg decided mkn kat sana je.

Ada 1 gerai tu tgk org yg bratur pnjg gile..
Then rasa nk try lak.
Rupanya jual nasi minyak/ nasi dagang ganu.
Try la nasi minyak ayam merah.
Not bad la rasa dia...

Jom layan gmbr2 budak2 dua org tu hepi main air!



               

















Tapi cuaca tak best la skrg..
Mendung jek..
So x dpt la nk lama2 kat situ..
Takut lak demam budak2 tu nnt, so puas la pujuk Nafiz nak ajak balik..

Sunday 18 November 2012

Lega bila tgk dia excited..

"Ibu, mana skool atish ni.. jauhnya nak sampai.."
"Sabarla, sekejap je lagi nk sampai ni.."

Tengah hari jumaat pegi register skool nafiz.
Alhamdulillah nafiz sgt2 excited nak pegi skool...
Start nxt yr nafiz akan masuk primary class kat Brainy Bunch Kajang.
Ibu cam x sure betul ke apa yg ibu buat ni.
Ibu still rasa nafiz baby2 lagi..

Rasa baru smlm nafiz celebrate besday yg 1st..
Oh, cpt btul la masa berlalu & sedar2 nafiz dh nak sekolah.
Esok2 dh nak naik darjah 1 pulak.. sigh
How I missed time breastfed nafiz yg time tu nafiz ngn ibu mcm xdpt org lain pisahkan!
(Ok, rs touching a bit)

Register sekolah byr rm200.
Nnt bila dh dekat nk naik sekolah, cikgu akan kol suruh byr balance..
Baru sekolah tadika dh byr utk mcm2..
Xpe, ibu rela byr lebih janji nafiz dpt yg the best yg ibu mampu sediakan utk nafiz..
Ibu doakan nafiz jadi anak yg soleh, brjaya dunia akhirat, berjasa utk ibu ayah & family..
Session nafiz pagi sampai tgh hari, half day.
Kita start dgn half day dulu la.
If nafiz dh ok nnt, leh amik full day lak..

Bila dh abis regist, time nk blk mmg drama..
Nafiz nangis2 x nak balik.

"Atish nk g skool, atish x nak balik..."

Puas lak memujuk suh dia naik keta..
Mmg nampak kesungguhan dia nk g skool..
So kene la pujuk dia ckp beg sekolah x beli lg..
& as expected, dia cakap nk beli beg ultraman! Hehehe

Luv u so much nafiz!



Monday 8 October 2012

Nafiz turns 3!

Assalammualaikum.

Mmg dh bersawang blog ni sbb dh lama x update..
Sgt kesuntukan masa utk update kt sini..
So since arini free jek, so jom kita update blog!

Nk cite psl besday celebration Nafiz kat umah baby sitter aritu.
I'm the mastermind, tapi sgt sedih sbb x dpt nk join diorg on that day!
Ni sume sbb flight aku delay dr Alor Setar ke KLIA.
Memang berbakul2 la 'kata2 pujian' utk airline company tu aku asyik dok ulang je time menunggu tu.. hukhuk...

Ok, malas nk cite bab bengang+sedih tu.
Jom tgk gambar2 {yg x berapa byk & cun yg diambil oleh jurugambar amatur (*_~)..}















Ni la kek Nafiz thn ni.. Cantikkan?
Aku tempah kat blog.
Request nak 3 ultraman ni since Nafiz suka sgt ngn tiga2 ultraman ni...
Tapi aku pn dh lupa nama2 ultraman ni.
Nafiz jek yg kenal ^_^















Ni kawan2 dia kat umah baby sitter tu..
Happy tgk budak2 ni seronok nak makan kek...















Ni gambar sebelum lilin kene tiup.
Daniel (budak baju biru) ni yg tiupkan lilin..
Akak tu cakap, Daniel ni mmg suke meniup sampaikan api dapur masak akak tu pun dia tiup!
Comel jek! ^_^















Gambar ni time diorang tgh nanyi lagu besday..
Nafiz malu2 time ni...















Sesi memotong kek!
Nyum2.. Sume dah x sabar nak rasa kek tu...















3 patung ultraman tu boleh makan tau!
Dibuat guna white choc. Sedap!

Selain kek, kitorang beli happy meal.
Akak tu pulak siap masakkan mee goreng.
Budak2 tu pulak kitorang bagi goodie bag.
Tapi sayang, jurugambar amatur ni x amik pn gambar goodie bag tu! :(
If boy, diorang dapat goodie bag Woody & Buzz Light Year.
If girl kitorang bagi bag Barbie.
Dalam tu kitorang letak coklet2 cadbury, belon, sticker woody&buzz or barbie, tiup2 (yg kalau tiup dia bunyi & kuar panjang, apa ntah nama dia).
Pastu siap beli pinggan kertas gambar spiderman utk budak2 ni makan kek.
Ye la, x nak la susahkan akak tu nk basuh pinggan,kemas bagai kan.. dah la buat kat umah dia! Hehe
So mmg best sbb budak2 ni seronok..



Wednesday 8 August 2012

Supplemen sesuai untuk ibu menyusukan

Assalammualaikum

Sihat ke kawan2? Post kali ni saya nak share pasal supplemen Shaklee yg saya ambik untuk breastfeeding. Since breastfeeding ni, kene la tambah vitamin2 yg dh di absorb oleh si kecit ni.. So tu yang amik supplemen - set 3M (which is full set B + ESP + Ostematrix). Kalau tak, mcm mana nk ensure dia pun dpt nutrisi yg sepatutnya dia dpt dlm susu tu kan..

Ok jom tengok list vitamin2 ni.. Walaupun byk, tapi bukan semua mkn sekaligus, ada masa2 yg sesuai tau. Mau jenuh nk kene telan semua at the same time kan.. So jgn risau :)

1. Full Set B:

 A. Saya amik Shaklee Vita-Lea Iron Formula -
  • Penting utk pertumbuhan sel dan pembiakan.
  • Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dr jangkitan
  • Menolong fungsi normal penghadaman & selera makan
   
  






 B. Shaklee B-Complex (B vitamins with folic acid) -
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolism tenaga & replikasi DNA yg sihat
  • Menukarkan makanan mnjadi tenaga
  • Mengurangkan symptom kemurungan & tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak

     





C. Sustained Release Vita-C 500mg

  • Anti-oksidan semula jadi
  • Mengekalkan integriti sel
  • Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot, & salur darah supaya sihat
  • Menolong mengurangkan symptom alergi

    




 D. Premium Alfalfa Complex

  • Kaya dlm nutrisi & mineral surih
  • Mengurangkan toksin
  • Melegakan rasa kebas & sakit sendi
  • Merendahkan kolesterol
  • Mengandungi enzim penting utk penghadaman makanan






2. Energizing Soy Protein

  • Membekalkan tenaga
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku & otot
  • Penting utk kanak, ibu menyusukan anak & mereka yg sedang pulih dr sakit







3. Ostematrix (kalsium)

  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Menolong pengecutan otot saraf
  • Mengurangkan symptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran & kemurungan







Selain mengambil vitamin2 lain diatas ni, saya juga mengamalkan "basic rules" iaitu:

1. Kerap menyusukan bayi secara langsung.
2. Pump at least 3 kali masa kat opis. Lg baik kalau dpt setiap 3jam.
3. Pengambilan air yg secukupnya iaitu tidak kurang 3L sehari.
4. Make sure amik makanan yang seimbang.
5. Berdoa dan zikir.

** Credit to: Shaklee Malaysia

If you all rasa mcm nak try dulu, boleh la amik set trial pack. Set ni cukup utk 30 hari. Saya pun dulu start dengan trial pack ni la. Bila dh terbukti, then baru amik yg full set ni...

Sharing is caring! =)
So if sesiapa berminat, jangan malu2 nak contact saya ye.

i am Shaklee Independent Distributor (*_^) n_eziani@yahoo.com.sg

Thursday 26 July 2012

Breastfeeding semasa berpuasa

Selamat berpuasa semua :)

Alhamdulillah, selama 5 hari berpuasa ni, berjaya mengekalkan energy. Takde la mengantuk sgt kat opis ni. Maybe sebab badan dah di-supply-kan dengan cukup vitamin kot.

Nak cerita ni. My true experience.. And rasa patut untuk di-share dengan kawan2 semua... Masa tengah pregnantkan Nazmi, time puasa last year, tambah lak masa tu at early stage of pregnancy. Memang flat habis.. Tak larat nak pose tu memang la kan. Kena lak gastrik. Lengkap la rasa time tu.. Bila ada kawan suggest amik Performance Drink Shaklee, memang tak teragak2 la nak cuba. Bila dah cuba memang nampak sangat bezanya. Alhamdulillah puasa tak tinggal, dpt puasa 30 hari. Sangat suka masa tu. Bila time balik keje, siap leh masak utk 3 lauk, g pasar ramadhan lagi.. Memang tenaga tu maintain je tau.


So untuk this year, puasa time breastfeed pulak. So lagi la mencabar. Kalau time tak puasa pun tekak ni cepat haus nad rasa lapar je kan.. Alhamdulillah bila dh amik minuman ni, tak pulak rasa haus yang keterlaluan cam hari2 biasa. Pump pun still sama kekerapannya mcm hari2 sebelum puasa. Memang tak rasa lemah / flat je so far 5 hari puasa ni.. Kira time sahur tu bancuh segelas, alhamdulillah sampai berbuka tuh memang rasa cergas la.. =)

Kalau korang nak tau, Performance Drink Shaklee ni banyak benefitnya tau;
  1. ia adalah minuman ahli sukan yg mengandungi imbangan elektrolit yg sempurna utk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. ia mengandungi formula karbohidrat unik shaklee iaitu opticarb yg membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ni ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa menuggu kestabilan gula dlm darah.
  5. ia menjaga sistem tubuh badan kita dlm sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  6. ia bukan sahaja utk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua. terutama yg kerja di tengah panas. budak2 demam pun elok amik ni sbb ia boleh cegah dehydration. Ye la, biasa budak2 bila dah demam tak selera makan minum kan...
Credit to Fazliana Jamil (http://princessfisya.blogspot.com/2012/07/berpusa-bagi-ibu-mengandung.html) untuk artikel pasal benefit Performance Drink Shaklee ni...

Sekiranya kawan2 nak tau dengan lebih lanjut and berminat, boleh la tinggalkan komen. Insyaallah saya akan reply, based on own experiences.. or if malu nak tanya kat sini, boleh email ke n_eziani@yahoo.com.sg.

Sharing is caring (*_^)




Sunday 8 July 2012

Bumbo seat yg best!

Helo
Nak cite ni. Korang penah dengar psl Bumbo seat? Suka sgt dgn seat ni. Since last week survey2 seat ni dlm online. Kene pandai cari sbb ada byk brand selain Bumbo, i.e. Anbebe. Ada yg jual murah, ada jugak yg jual sama harga kt kedai.
Tapi sbb tak sabar sgt nk tunggu, decided beli kt Mothercare je. Tapi sbb mbr, so dpt la 10% diskaun.. :) Bumbo seat ni ada yg seat sahaja & yg sekali tray. Kitorg beli yg sekali tray. So boleh la nk letak mainan kt tray tu.. Best2.. Ibu dia lak yg excited!








Ni lah Bumbo seat, kitorang amik kaler biru. Ada few choices of colors mcm green, purple selain biru. Kalau boboi sesuai la biru ni kan...




Model memperagakan Bumbo seat ni.. Hehe.. Mmg proven sgt best. Sbb nya Nazmi duduk dgn selesanya dlm tu. Pastu dia x kan terjatuh even dia pusing2kan bdn dia sbb mmg seat ni direka utk baby sit firmly dlm tu. Also seat ni provides snug & cozy environment. Suitable utk baby start as early 3months. Even Nafiz pn boleh duduk dlm tu... Dah mcm seat dia pulak dia buat.. ishish

Search kebaikan Bumbo seat ni kt internet, so jumpa la ni:
"Furthermore, it is highly recommended by many Pediatric and Orthopedic Faculties because it is uniquely designed according to the baby's posture to seat babies independently in an upright sitting position."

So apa lagi kawan2, go and get one for your baby! (^_*)


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday 1 June 2012

Star Wars collection..

Wah, sekarang dah macam minat nak kumpul barang2 star wars..
Ceh, setakat tgk cite dia yg mula2 jek, x leh la nk claim peminat tegar kan! Hehe

Aritu nk belikan Nafiz kasut yg ada lampu.
Bila tengok kt kedai Stride Rite ada jual, terus beli...
Kebetulan kasut lampu yg ada kt situ ialah collection utk Star Wars & Cars.
Kitorang berkenan ngn kasut Star Wars..
















Cantikkan?? Memang puas hati beli..
Kasut2 yg lain pn cantik..

Ok, Yg 2d collection utk brg Star Wars ni pulak ialah pedang.
Belikan Nafiz kt kedai mainan bawah Carrefour wangsa maju.
Ada lampu & bunyi..
Klu dgr btul2, bunyi dia agak scary skit sbb bunyi mcm dlm battle..








Nafiz tgh sibuk dgr bunyi dr pedang tu..


- Posted using BlogPress from my iPad

Cite Toy Story pulak..

Ok, sekarang Nafiz dah suka tgk cite Toy Story (TS) pulak.
Aritu balik kampung jumpa cd TS.
Mula2 x tunjukkan minat nk tgk.
Bila kat umah dah tgk sekali, trus nk tgk berkali2 pulak..
Baru 2 karakter je yg dia kenal, Woody & Buzz.
Aritu g JJ Wangsa Maju, lalu dpn kedai Crocs nmpk ada lak selipar TS ni.
Terus beli kat dia, kebetulan selipar skrg ni dh kecik.
Kemain suka lagi dia, kat umah pakai je, x nak bukak2.
And yg paling penting klu kene tgk cd TS ni byk2 kali pun xpe, leh la masuk gak ngn cite ni... Hehe



Ni lah dia selipar kesayangan Nafiz... Aku pn suka sbb comel jek..


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday 25 May 2012

Dapur berasap semula hehehe

Ye, tu la yg terjadi mlm ni, title dah meng-explain kan segalanya! ... Even terrkejar2 si adik nangis nk susu la, dgn atas dapur tgh rebus macaroni la, dgn nk buat gravy la, akhirnya berjaya gak siap! Menu mlm ni: macaroni carbonara with ciken ball.. Nafiz selera plak makan... Senang hati tgk dia makan banyak.. ^_*










- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday 17 May 2012

Saya hepi dan tak sabar nak tunggu wiken!


Assalammualaikum

Saya sangat hepi arini.
Baru lepas borak2 dgn mak dlm tepon.
Rindunya kat dia.
Tak sabar nk balik kampung sabtu ni.
Pastu tak sabar nak family dinner together gether...
Plan nak belanja diorang sempena besday abah, adik and sekalikan dengan hari ibu. =)
Dah book dinner buffet kat Philea.
Sangat2 tak sabar nk tunggu sabtu ni.

My luvly family =)

Abang time kecik dulu. Rindu sama kamu!

Adik support blog ibu dgn pakai baju bunny.. =)
Seronok dikelilingi orang2 yang disayangi...
Alhamdulillah

Monday 23 April 2012

Blog application, which 1 is the best for iPad?

Try update guna Blogger from my new iPad.. Since this app is free, so try out. Anyone can suggest the best app that can support all updates/pic/video/fonts/songs/format/etc??

Thanks in advance.

Tuesday 27 March 2012

Thinking of a new profession... hehehe

Assalammualaikum semua.
Fuh.. lama beno x update kan..
Arini baru dpt chance nk nulis2 kat belog ni..
Sementara si adik tgh nyusu & si abang tgh tgk dvd power rangers, so leh la curi2 nulis.
Power puff mom la katakan!! =)

Kusyuk lyn dvd

Adik yg kuat nyusu =)

Ye, sangat bahagia sekarang dengan kehidupan harian.
Even thou tengah menyesuaikan diri dengan urusan harian yg agak kelam-kabut, i would say that. <ngeee>
Tapi sangat seronok menguruskan dua org hero ni, Nafiz & Nazmi....
Dengan keletah & kerenah si abang, plus si adik yang dah pandai nak attention ibu dia... weeeee
Memang terkejar2 la kadang2..

Walaupun tgh enjoying mnjadi suri rumah, tp hati sedih gak bila teringat yg hari brjln sgt pantas sekarang..
Thinking of a new profession... hmmmmm
Dah tgl 2 minggu lebih je lagi dh nak kene mengadap keje balik..
Sangat la x seronok bila teringat tuh!
Semalam dh tepon future babysitter budak2 ni bagitau nak antar diorang start bulan 4 ni...
As trial even aku x start keje lagi..
hukhukhuk kalau la boleh duk umah & ngadap buah hati 2 org ni..

Ye, arini akan try update blog byk2...
Qada' benda2 yg nk di-update yg lepas2...
So, selamat tengah hari sume! ^_*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...