Wednesday 24 August 2011

Saje nak tunjuk

Pagi2 ni macam otak still tak ready lagi nak buat keje.
Rasa mengantuk pun ada lagi.
Kebetulan sampai opis orang belum ada, so terasa nak amik gambar workstation.
Aku takde la duk dalam bilik, sbb jawatan pun tak la hebat sangat, kuli bese2 je..
Even x bape nak kemas, nak jgak bagi korang tengok. hehehe

'Kemas' kan meja aku ni?? (^_*)

Tuesday 23 August 2011

Cerita ceriti

Bestnya arini dah masuk hari yang ke-23 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan ni kan. Alhamdulillah. Rasanya masing2 dah sibuk dengan persiapan raya yang nak dibuat. Macam2 yang dah beli or nak dibeli lagi ni. Maklum le raya tinggal minggu depan je.

Semalam aku berjaya 'menyedekahkan' duit aku ke Parkson. Pandai betul la diorang ni nak suh aku buat 'amal kebajikan' kan.. Dah berjaya cari barang yang aku nak + berjaya jugak beli barang yang x termasuk dalam 'senarai barang2 kawalan tahun ni'. Ni kuih2 raya yang telah ditempah belum dapat lagi ni. Kene ready-kan duit la nampaknya.. Aduss... lepas raya pening la jawapnya ye. Mana taknya, gaji dah dapat awal, mau kene catu makanan lak lepas raya ni. (*_^).

Last week jugak aku try masak ikan siakap sweet sour. MIL bagi ikan siakap tu so nak tak nak kene la masakkan. Sayang lak biar lelama dalam aisbox tu.


Ni lah dia hasilnya. Kalau ada nenas & timun lagi menarik kot. ;P

Last wiken kitorang g soping raya plus mencuci mata kat East Coast Mall, Kuantan. Ramai orang tu memang dah budget la kan. Yang tak tahan tu, kat kedai emas pun ramai orang. Dahsyat betul la orang Kuantan ni. Tiap kali raya jek beli emas baru ke kak oii.. hehehe. Time nak balik tu terjumpa booth Les Copaque yang jual barang2 rasmi Upin & Ipin. Comel2 sume tapi harga pun boleh tahan. Nafiz kalau dah nampak memang nak beli la kan.. Beli la buku kaler, pensil kaler, bola upin & ipin (ni dia request) & tshirt upin ipin untuk dia. Pastu excited nak tulis kat buku tu..

Kat atas stroller pun dia nk kaler buku ni. x menyempat2. ish ish
So tak sabar nak tunggu this week berlalu pergi (cewah ayat...). Sebabnya tak sabar nak start cuti. Yehuuuu....




Thursday 18 August 2011

17 Ramadhan

Ekceli nak cite psl aktiviti semalam. Aritu aku ada update pasal program Sentuhan Kasih. So semalam adalah hari yg kitorang tunggu2 utk pegi ke Teratak Nur Barakah, Seksyen 24 Shah Alam. Kitorang gerak ke rumah tu dalam pukul 11 and sampai sana dalam pukul 12. Awal lagi sebenarnya sebab sepatutnya kene sampai umah tu dalam kul 1, ni kitorang terawal sampai. Segan gak nak masuk dulu tapi sbb x tau dah nk g mana, so kitorang masuk je la... Kalau time x pose sure dah lepak kedai mamak dulu.. hehe

Alhamdulillah, umah diorang lengkap dengan kemudahan2, x macam apa yang aku bayangkan la. Selesa pun selesa. Diorang ada 3 buah rumah kat deret tu, tapi bukan yg sebelah menyebelah. Yang main rumah kitorang pegi smlm adalah asrama untuk budak besar (lelaki) + kat ruang tamu tu dibuat jadi kelas. Rumah yg ke-2 tu asrama utk budak2 kecik (lelaki) + kelas tadika. Yang umah ke-3 tu adalah asrama budak perempuan. Lepas siap semayang zuhur, baru budak2 tu berkumpul. And diorang siap buat persembahan nasyid - nyanyi 3 buah lagu. Then diikuti dgn sesi penyerahan anak angkat kpd mak/ayah angkat. Comel2 budak2 ni.. Yang budak2 perempuan siap pakai tudung, comel je dgn pipi tembam diorg tu. =)

Ni hadiah yg kitorg bg utk Zaid. Wrap cantik2..

Ni keadaan kat area tempat bacaan

Time table ni ada bertampal kat dinding rumah. Awal budak2 ni dah bgn kan..

Masa ni ramai yang dh datang

Part of 42 orang budak2 kat rumah ni.. Umur diorang ni dalam 4-5 tahun.

Tengah tunggu nama diorang dipanggil utk bg nametag

Comel je bila masing2 pakai songkok and main sesama sendiri

Masing2 tengah dengar instruction dari ustazah

Hepi bila dapat hadiah..

Kitorang pun tumpang sekaki... hehehe

Ops, interframe lagi k..

Excited dia bukak hadiah..

Ni budak2 yang kerumun zaid masa zaid bukak hadiah.. sian je tgk diorang..

Siap belek buku tu sampai habis.. Bagus zaid suka baca buku..

Masing2 sibuk main keta kontrol.. seronok tengok..

Budak ni pun sama excited cuba keta kontrol dia..

Mula2 budak ni time datang dia duduk je. Bila tanya dia ckp dia sakit. Tapi lepas dapat hadiah, terus dia yg paling sporting posing utk amik gambar! hehe
Sangat seronok jumpa budak2 ni. And sedih jugak time nak balik tu sebab bila tengok muka budak2 ni cam mengharapkan kitorang stay lagi kat situ. Atleast kitorang dah menghiburkan hati budak2 dekat situ. Rasa puas jugak la bila balik tu.. =)

Tuesday 16 August 2011

16 Ramadhan

Arini dah 16 hari kita pose ek..
Cepat betul masa berlalu..
Tinggal lagi 14 hari (lebih kurang), InsyaAllah.
Semalam dh start pasang lagu raya.
Mr. Hubby siap kol lagi bgtau tgh dgr lagu raya dlm keta (masa tu dia nak g jmpa client).
Sungguh x aci!
Semalam petang penat tunggu x de lak kuar lagu raya.
Pagi ni pun sama, tapi betul2 dah nak sampai opis, leh la pulak ada lagu raya yang aku tunggu2 nak dengar.
Hampagas betul! x dapat nak feeling2 dengar lagu raya tadi..
Dah la lagu jamal abdillah lak tu..

Semalam teringin nak makan goreng pisang.
Lagi2 la time hujan2 lebat smlm, dapat makan memang syiokkk...
Terus suh mr hubby beli pisang, dia siap beli tepung adabi lagi.
Bila goreng memang semerbak bau!
Heaven nya bila dapat makan time berbuke semalam.. ^_*

Arini tengah pikir nak makan apa.. hehehe

Friday 12 August 2011

Saya hepi

Since arini hari Jumaat, mood hepi tu memang terserlah since sahur lagi! =) Ye la, esok wiken. Maknanya x yah nak pegi keje. Ni kehapian yang pertama. Yang kedua pulak, petang ni lepas keje je trus cabut balik kampung tersayang di Melaka. Sangat2 seronok. Yang ketiga pulak, esok ingat nak ajak mak g beli baju raya/tudung dia la. Best2... yang keempat, arini start 3-days member sale Isetan, so nak g beli baju raya untuk abah. Ari rabu aritu dah reserve kat promoter tu sebab dia cakap bila member sale ada additional %diskaun untuk baju tu. So hepi hepi hepi la sangat...
Muka hepi masing2.. =)

Wednesday 10 August 2011

Sentuhan Kasih Hari Raya 2011 Program

Every Ramadhan company aku ni memang x miss buat program ni. Diorang akan pilih rumah2 anak yatim/rumah2 jagaan yang terpilih around KL, Subang Jaya, PJ, or Klang. Budak2 yang diorang pilih tu aku x sure pulak apa kategori nya. Yang paling kecik pun umur dalam 4 tahun.

Seperti tahun2 yang sudah, this year pun aku & the geng 'adopt' sorang anak angkat. Time ni kitorang pilih boboi umur 5 tahun, nama dia Muhammad Zaid & from Teratak Nur Barakah. Nak pilih gegirl, tapi sume yang kecik2 & comel2 orang lain dh cop dulu. Tahun lepas dah pilih gegirl, umur 11 tahun. So tukar angin pulak la this year, try amik budak kecik la. Ni la dia Muhammad Zaid nya...

Itinerary untuk aritu ialah:

11.30am: Staff gather at DFP Foyer to depart to the respective homes in Subang Jaya/Shah Alam/Klang.
11.45am: Departure to the homes.
1.00pm: Staff arrive at the respective homes, present the gifts and get to know their adopted children & Zohor prayers.
2.00pm: Fun and educational activities begin for staff and children
5:00pm: Staff and children assemble to board the bus to Dewan Bankuet , Wisma MBSA, Shah Alam
5.15pm: Departure to Wisma MBSA, Shah Alam
6:15pm: Arrival of staff and children at Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam
6:30pm: Arrival of Management for Presentation of ‘duit raya’.
7:26pm:
Berbuka puasa & Maghrib prayers
8.30pm: Stage performance

9.00pm: Programme ends

Staff required to collect RM350 for each child yang kitorang adopt. And kene spent RM300 to buy things which in their wish list. And its up to staff to give duit raya kat anak angkat diorang, which salunya memang akan diberi la kan.. Sian tengok diorang ni.. Aktiviti2 utk this year cam relax sikit if compared ngn last2 year. Mcm last2 year kitorang kene bawak anak angkat tu g shopping sekali kat dlm KLCC ni dlm masa yang diorang tetapkan & amount spent tu x leh lebih RM300. Kira mcm amazing race pun ada. Masing2 berlari2 dlm KLCC ni, which is fun & syok sgt.... Ni lah aktiviti yang kitorang tunggu2 tiap tahun. Sambil bergembira boleh beramal! =)

Wish list anak angkat kitorang thn ni:

1. Baju Melayu, Sampin & Songkok
2. T-shirt & long pants
3. Remote control car

Simple sangat2 la wish list budak ni... Tapi ada tu budak2 pompuan yang umur belas2 tahun siap demand dlm wish list diorang tudung ARIANI tu! Tak tau la staff yang adopt diorang tu beli kan ke x.. hehe

Memang x sabar rasanya nk attend program ni. Ye la, bila tengok diorang ni teringat la kat Nafiz kat umah & bersyukur dengan rezeki & rahmat yang Allah bagi kat kami sekeluarga.. 

Tuesday 9 August 2011

Mee hailam

Semalam masak mee hailam.
1st time buat.
Tapi termasin la pulak.
Dah letak air pun masin jugak.
Kalau bulan pose ni x reti la nk test rasa time masak tu.
So tu la jadik nya..
Last2 buang je.
Nasib masak nasi & lauk, so ada alternatif la.
Mr hubby langsung x mkn mee hailam tu.
Tak lalu la tuh bila aku bgtau masin sgt.
hehehe

Friday 5 August 2011

4 Ramadhan

2-3 hari ni petang je mesti hujan lebat. So x dapat la nak g jenguk2 kuih yang menarik kat pasar ramadhan tu.. Semalam despite sakit kepala sebab petang kene hujan masa on the way nak ke kereta, aku bersemangat lak untuk masak lauk2 berbuka! Alhamdulillah, selera makan sudah datang kembali! Yeihaaaaa..

So projek mengotorkan dapur start @ almost 6 pm. Sebabnya bila hujan je, so jalan jem la, especially kat Jalan Tun Razak tu! Tensen betul aku, org2 ni kuar kul bape ntah! Yang x pose tu pun sibuk balik kul 4 gak.. haish.. Salunya aku target kul 4.30 dah lepas Jalan Tun Razak, tapi semalam, kul 4.30 still stuck kat situ.. adui..

Mula2 nak buat menu simple je, sambal goreng tempe+kentang+ikan bilis, sayur kobis goreng & udang goreng. Tapi tengah on the way tu member yg balik sekali ni cerita lak psl ayam masak kurma, hmmm terus rasa nk masak tu gak. And end up dah jadi 4 lauk semalam! Nak dekat kul 7.20 pm baru aku siap masak. hehehe rasa syok lak, x rasa penat pon! (^_*) Menu air simple je smlm, just air mangga & hubby beli air tebu untuk dia.

Belum pun azan, udang goreng tu dah tinggal 2 ekor + bawang2 je. Sebabnya Nafiz yg habiskan. Dia lak memang hantu udang (yang dia panggil 'adang'). Bagi nasi panas letak kicap, selera dia mkn.. hehe.. Lapar lak aku tgk dia mkn tu.. huhu


Bukti udang yg nafiz dah 'sapu' hehe

Anak sapa la ni, comotnya! =)
So arini tengah pikir nak masak lauk apa lak. Jap lg nak google resepi la sambil2 buat keje (eh, buat ke keje??).. hehehe

Wednesday 3 August 2011

Backdated entry

End of last month, was our Anniversary Day.
This time around kitorang celebrate makan2.
Tak de idea nak makan apa, so kitorang decided g TESCO je and lepas makan tu boleh la pegi beli barang dapur untuk pose nnt.
Last2 kitorang lepak kat Pizza Hut.
Lagipun Nafiz suka makan udang, so kitorang order Hut's Platter untuk dia (hmm mcm leh abis dia mkn kan! hehe) pastu aku order pizza and mr hubby order spegeti olio (jgn bayangkan ok, korang pose arini!).
Pergh, delicious! Senak gile perut nak abiskan.. huhu

Pose spesel dr Nafiz & Ayah

Ops Nafiz, garpu pegang elok2 sikit ye.. hehe
Lepas dah abis melantak tu, round2 TESCO.
Aku beli kushion comey nak bawak g opis (preparation utk tido time lunch nnt! ops, jgn bgtau bos ye.. hehe).
So tengok la apa yang Nafiz buat ngn kushion tu...

Leh dia baring dlm trolley ni.. ish ish ini budak..

Sambil2 tu usha barang2 yang dia suh amik utk dia..
Terhibur kitorang ngan telatah Nafiz ni..
Ada je yang dia buat...
Tu yg dia tgh pegang tu pistol mainan. Dah byk beli tapi rosak, so this time kitorang beli yang 3 hinggit je.
So confirm main bape kali terus rosak.
hehehe

Monday 1 August 2011

Selamat menyambut bulan yang penuh mulia

Assalammualaikum.
Sempena dengan ketibaan bulan yang penuh mulia ini, saya bagi pihak keluarga, ingin menyusun jari meminta ampun dan maaf sekira ada salah & silap serta tutur kata yang tidak disenangi. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada kita semua dan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun2 sebelum ini.
Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...