Showing posts with label Interest. Show all posts
Showing posts with label Interest. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

Tiramisu simple

Arini nak post resepi tiramisu yg simple..
Resepi ni dapat drpd kakak kat opis.
Dia ckp resepi ni senang jek, sesuai utk org yg xde oven cam aku ni.. hehe
So semangat carik bahan2.
Pegi kedai Yummie kat Bangi tu carik bahan.
Tak penah beli whipping cream & cream cheese..
Memang menjajau carik sebab tak kenal rupe cmne..kahkahkah

Bahan2 Tiramisu simple:

1 biji kek (aritu pakai biskut lady's finger)
250ml whipping cream (tapi rasa cam lebih sikit je letak)
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus (ikut suka kalau nak manis, letak lebih sikit)
1 cawan air panas (utk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
Serbuk koko utk hiasan (saja try guna serbuk coklet)

Cara2:
1. Bancuh nescafe dgn 1 cawan air panas tadi.
2. Satukan gula, cream cheese & whipping cream.
3. Pukul sampai kembang & gebu.
4. Potong kek ke 2 bahagian. Susun 1 bahagian dlm bekas. (if sape2 yg guna biskut sila abaikan step ni).
5. Tuang 1/3 bancuhan nescafe atas kek. (or celup biskut lady's finger ke dlm nescafe. Tapi jgn celup byk sgt sbb nnt biskut kembang pulak..Then susun rapat2 dlm bekas)
6. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek (or biskut).
7. Susun lagi bahagian kek yg selebihnya (or celup biskut dlm nescafe & susun lagi dlm bekas)
8. Ulang sampai habis, pastu masuk dlm fridge
9. Masa nk makan nnt, taburkan serbuk coklet atas dia..
Dah siap...
Senangkan??


yang ni pic b4 taburkan serbuk coklet

selepas taburkan serbuk coklet..
lupa nak amik gmbr, so time tgl separuh je baru ingat nk amik gmbr.. =)

Cuba jangan tak cuba ye! =)


Thursday, 6 December 2012

Baking membaking..

So far mood untuk membaking telah 'dreams come true'..
hehe
Tapi agak limited sikit sebab oven takde.
Hanya boleh fully utilised peti sejuk je..
Kalau google resepi tu, terpaksa cari yg tak yah kene guna oven, mcm kukus ke, or sejukkan dlm peti sejuk je..

Aritu dah try buat Oreo Cheese Cake.
Dapat resepi drpd Asiah.
Thanks Asiah!! memang menjadi la dgn sekali try..
hehehe start la dh pasang angan2 nk join master chep okeh..


Bab nak pecah2 oreo tu yg best tuh.. Pecah sikit oreo, yg lebih masuk mulut.. haha

Ada terasa mcm tutti frutti pulak kan..

tadaaa.. dh siap dah! Kalau ada gmbr ultraman, sure aku dh beli letak situ...

Seronok dia! tapi ben 10 tu yg dia abiskan dulu...

Pasni nak survey image ultraman..
Kalau dapat, memang lagi si Nafiz suka!
So far yg byk ada kat kedai gambar Ben 10 ngan Angry Bird jek..
Susah nak cari yang gambar2 lain..
Sape2 ada jumpa meh inform, leh g carik...


Thursday, 24 November 2011

Lagi Ombak Rindu

Arini bila baca paper psl cite Ombak Rindu ni, memang excited giler nk tunggu cite ni kuar...
Tapi x sure la boleh g tgk kat wayang ke x.. hukhuk
Artikel ni betul2 buat aku tak sabar nak tengok...
Sebabnya bila komen dr penulis buku tu sendiri bagitau tak berapa nk puas hati dengan jalan cerita movie ni.
Haish, jangan la jalan cite dia x best... Kalau tak frust nanti..
Barisan pelakon2 jek mcm dah kene, tapi tu la, cross fingers je la....
Tak sabar nk tengok Aaron Azizi yg hencem tu berlakon jadi Hariz..
Mesti ramai perempuan2 cair nya la! =)

Hariz dan Izzah....

Pelakon2 Ombak Rindu.. Suka Lisa Surihani!! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...