Friday, 29 July 2011

Ke-obsess-an Nafiz dengan ultraman

Semalam aku layan gak tgk bola.
Tapi yang bestnya Nafiz pun sibuk jerit2 gol.. gol... Lawak betul!
Lepas dah penat (boring kot sebab tak dapat nak tgk cite ultraman dia) dia pun g kembur la storage mainan dia..
Abis sume dikeluarkannya.
Last2 jumpa buku2 yang dia dah lama x bukak.
Sempat gak aku snap gambar candid Nafiz tgh baca buku.
Rajin anak Ibu ni.. Sejuk hati tgk.. Nanti  belajar pandai2 eh. =)



Semalam lepas balik keje singgah pasar malam.
Yang tak tahan tu Nafiz ajak g kedai jual baju sebab dia nampak ada baju ultraman kat situ.
Adus, dah start obsess ngan ultraman la ini budak!
Terpaksa gak aku beli baju ultraman (seperti yg boleh dilihat dlm gambar di atas ye) tu!
Even yang paling kecik size L, dia nak gak!
Dah bila pakai gelebeh gile bahu & labuh sampai lutut..
Dalam keta terus mintak pakai baju ultraman tu, sampai dia dah tido baru aku dpt tukar baju lain..
Nafiz Nafiz.. Ish ish ish..

Thursday, 28 July 2011

Kalau terpikir mesti rasa susah hati

Semalam masa amik Nafiz kat umah Kak Nor, nampak kelibat anak dia yang sekolah kat Perak. 
Aku pun ringan mulut la tanya Kak Nor, nape Zaki ada kat umah, rasanya last week baru Kak Nor antar dia balik hostel.
Kak Nor bagitau Zaki kene campak. Adus, terus berderau darah aku dgr!
Terus terpikir Nafiz.
Ya Allah, janganglah Nafiz terkena campak/chicken pox buat masa ni lagi Ya Allah. Amin.
Risau wei.. Nafiz dah la rapat ngan Zaki tu. 
Zaki lak rajin melayan dia..
Hmm kene lak semalam Kak Nor tengah rancak cerita psl kerenah Nafiz, terselit pasal 'Nafiz main2 dengan Abang Zaki, main peluk2 sume..'
Risau sungguh aku rasa.
Mintak dijauhkan la dari Nafiz terkena campak tuh.
Tengok Zaki pun tak la nampak sgt campak2 kat badan dia, myb time dia balik umah tu dah habis keluar kot.
Risau2...

Wednesday, 27 July 2011

Kawan2, blog ni sgt meruntun naluri keibuan!

Ada one of my friend yang bagi add blog ni: http://miera301.blogspot.com/. Sesiapa yang baca mesti meruntun2 sayu mengenangkan dugaan yang maha berat yang ditanggung mereka ni. 1st time baca, aku dah meleleh2 air mata tahan nangis. Ye la, kang x pasal2 bos tanya nape mata merah nk jawab apa! Dah la sepaptutnya buat keje tapi aku g 'study' blog orang lain.. hehehe. Ekceli blog ni milik Moon, kakak ipar Norma. Tapi sepanjang pembacaan aku, Moon ni bukan mcm kak ipar dah, tapi lebih macam kakak kandung dah..

So kat sini aku nk share la kat kawan2 yang prihatin kat luar sana, sekiranya kita berkemampuan boleh la menyumbang untuk Norma ni. Just an update, Norma disahkan menghidapi brain cancer stage 4. Tapi yang sangat2 la meruntun jiwa aku ialah dia disahkan kene penyakit yang sangat2 menakutkan tu during her confinement deliver anak pertama, Rafiq yang sangat la tembam, comel, tomey! Geram aku tgk gambar2 Rafiq ni! So just imagine dia x dpt nak peluk, dukung Rafiq ni even untuk breastfeed pun! sobsob sedihnya.. I can't imagine if sesaat tak jumpa Nafiz pun boleh buat aku meroyan... Sian Rafiq x dpt belaian drpd mama dia.. Sungguh la kuat dugaan untuk Norma sekeluarga.. Dan yang paling sangat touching bila Norma dikurniakan hubby yang sangat la loving, caring kat Norma ni! Talib, please stay strong for Norma k! Don't ever give up easily.. Norma needs u! 

Kat sini aku paste kan details if sesape nk menyumbang, Moon tak mintak tolong pun tapi sbg sedara semuslim, aku rasa terpanggil nak paste kan jugak detail a/c diorang. Mana tau ada yang nak membantu ke kan. Hari ni hari Norma, esok lusa tak tau la hari kita macam mana. Norma needs to take injection yang cost RM10k sekali amik tu. So imagine la cost2 lain yg Talib kene bayar..

cimb

 01070068677528

 Noormawati Mohd Rasif


Quoted from my friend email's: "Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga in kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMu semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin."

Pose ganti arini

Arini saya try untuk menganti pose yg tgl 1 hari jek lagi..
Hopefully sume berjalan lancar.
Gastrik pun x menyerang...
Ya Allah, berilah ku kekuatan untuk berpuasa ganti arini, berikan kesihatan yang baik untukku supaya aku dpt melaksanakan yang wajib ni Ya Allah. Amin.
Doakanku dapat berpose arini ye kawan2..

Thursday, 14 July 2011

Article for sharing

Jumpa artikel ni masa tengah surf internet...

Puasa mengikut trimester

Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu.

Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa.

Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak.

Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta.

Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Jadi tidak hairanlah, mengapa ibu yang kurang pemakanan biasanya mempunyai bayi yang kurus manakala fetus daripada ibu yang obes dan berlebihan nutrien, lazimnya gemuk.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya.

Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.

Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:

  • Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
  • Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
  • Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
  • Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
  • Pesakit jantung
  • Tumbesaran bayi yang terencat
  • Mengalami perdarahan semasa mengandung.

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Wednesday, 13 July 2011

Back in action

Lamanya dah tak jenggah kat sini.. Sangat tak sempat dengan closing quarter.. Macam2 la diorang ni mintak. Info yang sama jek, leh request 2-3 report nak kene antar. Bosan betul la.. Sangat menyusahkan orang jek diorang yg terlebih pandai & rajin ni.. Eh, ter-emo la pulak kat sini.. Sori2.. hehehe

So arini dah leh post entry baru. Semalam sempat merakam aksi Nafiz masa tgh tengok tv. Abis drawer tv kabinet tu dia leh duduk & lompat2 dalam tu.. Siap bawak bola masuk dalam pulak tu. Roboh la kabinet tv ibu tu Nafiz ooii... ish ish.. Rumah dah tak leh nak melawa sikit, abis bersepah2 dgn mainan dia skrg ni. Tu belum kira dgn biskut/keropok yang dia makan sepah2kan depan tv.. Sabo je la..

Monday, 4 July 2011

1st trial

Ahad semalam aku terlebih rajin sikit.
Pagi2 dh bangun buat nasi lemak..
Ni percubaan pertama untuk memasak nasi lemak..
hehehe
Menu simple jek ekcelinya..
Just buat sambal tumis ikan bilis, telur rebus, timun, and drummet ayam goreng.
So tu yg rajin sikit tu..
hehehe
Tapi yang lagi best bile mr hubby puji sedap!
So misi sukses! yezzaa...

Drummet ayam tu sedap!

Ops, makan bersila je kat bawah sbb x beli lagi meja makan.. =)

Friday, 1 July 2011

Hasil tangkapan untuk hari ini


Ok, saja nak berkongsi kegembiraan (eh, sesuai ke ayat ni?? ke kesedihan sbb habiskan duit??).. Sebab saya telah berjaya membeli baju raya untuk tuan muda Nafiz. Pasni dah releks sikit tak yah nak risau2 sangat nk terjah sale sana, sale sini untuk cari baju raya tuan muda.. Ops, tapi lupa nak beli baju tido dia pulak la.. So takpe, next time la.. Atleast, dah lega sikit dah beli baju raya ni.. Nanti just concentrate beli baju raya sendirik je.. hehehe.. Bijak2...

Check list baju raya tuan muda:
  • Baju melayu - siap sudah...
  • Baju jalan - beli sudah... eh tapi cam rasa x cukup lagi ni..
  • Kasut raya - uncle dia dah belikan masa outstation ke London aritu, so save byk!
  • Baju tido - belum beli lagi
  • Songkok raya - tak sure nak beli ke tak, or just nak pakai kopiah je..
  • Duit raya - nanti sume masuk akaun ibu ye! hehehe
So, sekian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...