Monday, 26 September 2011

Best jumpa korg semua!

Kawan2, best sangat dapat jumpa korang semalam..
Last jumpa time birthday gathering kat umah D tahun lepas kan..
Thanks to Diana sebab sediakan makanan yang sedap untuk kitorang melantak.. hehe
Sampai petang aku kenyang ok..
And thanks sebab sudi datang umah aku tau..
Sori ye kalau ada yang terkurang..
& apa2 yang Nafiz buat kat anak korang/korang mintak la ampunkan ye! =)
Nanti kita jumpa2 lagi k..
Serius, seronok sangat! (^_*)

Apa yang diorg ni cite ek..

Time ni gambar formal

Sekali sume tunjuk gigi daa...

Pasni turn Faize dokong anak pulak.. Salei jgn lupa jemput k..

Peace!!

Dua beranak yang comel...

Thursday, 22 September 2011

As salam to all

Assalamualaikum
Lama betul tak jengah kat sini..
Banyak betul benda pending lepas raya ni..
Lepas satu satu deadline datang..
Hmmm x leh tengok orang nak bersenang-lenang betul tau...
Banyak betul topik yang kawan2 share kat blog memasing tak sempat nak baca lagi..
Akan ku catch up later.. :)

Wednesday, 24 August 2011

Saje nak tunjuk

Pagi2 ni macam otak still tak ready lagi nak buat keje.
Rasa mengantuk pun ada lagi.
Kebetulan sampai opis orang belum ada, so terasa nak amik gambar workstation.
Aku takde la duk dalam bilik, sbb jawatan pun tak la hebat sangat, kuli bese2 je..
Even x bape nak kemas, nak jgak bagi korang tengok. hehehe

'Kemas' kan meja aku ni?? (^_*)

Tuesday, 23 August 2011

Cerita ceriti

Bestnya arini dah masuk hari yang ke-23 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan ni kan. Alhamdulillah. Rasanya masing2 dah sibuk dengan persiapan raya yang nak dibuat. Macam2 yang dah beli or nak dibeli lagi ni. Maklum le raya tinggal minggu depan je.

Semalam aku berjaya 'menyedekahkan' duit aku ke Parkson. Pandai betul la diorang ni nak suh aku buat 'amal kebajikan' kan.. Dah berjaya cari barang yang aku nak + berjaya jugak beli barang yang x termasuk dalam 'senarai barang2 kawalan tahun ni'. Ni kuih2 raya yang telah ditempah belum dapat lagi ni. Kene ready-kan duit la nampaknya.. Aduss... lepas raya pening la jawapnya ye. Mana taknya, gaji dah dapat awal, mau kene catu makanan lak lepas raya ni. (*_^).

Last week jugak aku try masak ikan siakap sweet sour. MIL bagi ikan siakap tu so nak tak nak kene la masakkan. Sayang lak biar lelama dalam aisbox tu.


Ni lah dia hasilnya. Kalau ada nenas & timun lagi menarik kot. ;P

Last wiken kitorang g soping raya plus mencuci mata kat East Coast Mall, Kuantan. Ramai orang tu memang dah budget la kan. Yang tak tahan tu, kat kedai emas pun ramai orang. Dahsyat betul la orang Kuantan ni. Tiap kali raya jek beli emas baru ke kak oii.. hehehe. Time nak balik tu terjumpa booth Les Copaque yang jual barang2 rasmi Upin & Ipin. Comel2 sume tapi harga pun boleh tahan. Nafiz kalau dah nampak memang nak beli la kan.. Beli la buku kaler, pensil kaler, bola upin & ipin (ni dia request) & tshirt upin ipin untuk dia. Pastu excited nak tulis kat buku tu..

Kat atas stroller pun dia nk kaler buku ni. x menyempat2. ish ish
So tak sabar nak tunggu this week berlalu pergi (cewah ayat...). Sebabnya tak sabar nak start cuti. Yehuuuu....




Thursday, 18 August 2011

17 Ramadhan

Ekceli nak cite psl aktiviti semalam. Aritu aku ada update pasal program Sentuhan Kasih. So semalam adalah hari yg kitorang tunggu2 utk pegi ke Teratak Nur Barakah, Seksyen 24 Shah Alam. Kitorang gerak ke rumah tu dalam pukul 11 and sampai sana dalam pukul 12. Awal lagi sebenarnya sebab sepatutnya kene sampai umah tu dalam kul 1, ni kitorang terawal sampai. Segan gak nak masuk dulu tapi sbb x tau dah nk g mana, so kitorang masuk je la... Kalau time x pose sure dah lepak kedai mamak dulu.. hehe

Alhamdulillah, umah diorang lengkap dengan kemudahan2, x macam apa yang aku bayangkan la. Selesa pun selesa. Diorang ada 3 buah rumah kat deret tu, tapi bukan yg sebelah menyebelah. Yang main rumah kitorang pegi smlm adalah asrama untuk budak besar (lelaki) + kat ruang tamu tu dibuat jadi kelas. Rumah yg ke-2 tu asrama utk budak2 kecik (lelaki) + kelas tadika. Yang umah ke-3 tu adalah asrama budak perempuan. Lepas siap semayang zuhur, baru budak2 tu berkumpul. And diorang siap buat persembahan nasyid - nyanyi 3 buah lagu. Then diikuti dgn sesi penyerahan anak angkat kpd mak/ayah angkat. Comel2 budak2 ni.. Yang budak2 perempuan siap pakai tudung, comel je dgn pipi tembam diorg tu. =)

Ni hadiah yg kitorg bg utk Zaid. Wrap cantik2..

Ni keadaan kat area tempat bacaan

Time table ni ada bertampal kat dinding rumah. Awal budak2 ni dah bgn kan..

Masa ni ramai yang dh datang

Part of 42 orang budak2 kat rumah ni.. Umur diorang ni dalam 4-5 tahun.

Tengah tunggu nama diorang dipanggil utk bg nametag

Comel je bila masing2 pakai songkok and main sesama sendiri

Masing2 tengah dengar instruction dari ustazah

Hepi bila dapat hadiah..

Kitorang pun tumpang sekaki... hehehe

Ops, interframe lagi k..

Excited dia bukak hadiah..

Ni budak2 yang kerumun zaid masa zaid bukak hadiah.. sian je tgk diorang..

Siap belek buku tu sampai habis.. Bagus zaid suka baca buku..

Masing2 sibuk main keta kontrol.. seronok tengok..

Budak ni pun sama excited cuba keta kontrol dia..

Mula2 budak ni time datang dia duduk je. Bila tanya dia ckp dia sakit. Tapi lepas dapat hadiah, terus dia yg paling sporting posing utk amik gambar! hehe
Sangat seronok jumpa budak2 ni. And sedih jugak time nak balik tu sebab bila tengok muka budak2 ni cam mengharapkan kitorang stay lagi kat situ. Atleast kitorang dah menghiburkan hati budak2 dekat situ. Rasa puas jugak la bila balik tu.. =)

Tuesday, 16 August 2011

16 Ramadhan

Arini dah 16 hari kita pose ek..
Cepat betul masa berlalu..
Tinggal lagi 14 hari (lebih kurang), InsyaAllah.
Semalam dh start pasang lagu raya.
Mr. Hubby siap kol lagi bgtau tgh dgr lagu raya dlm keta (masa tu dia nak g jmpa client).
Sungguh x aci!
Semalam petang penat tunggu x de lak kuar lagu raya.
Pagi ni pun sama, tapi betul2 dah nak sampai opis, leh la pulak ada lagu raya yang aku tunggu2 nak dengar.
Hampagas betul! x dapat nak feeling2 dengar lagu raya tadi..
Dah la lagu jamal abdillah lak tu..

Semalam teringin nak makan goreng pisang.
Lagi2 la time hujan2 lebat smlm, dapat makan memang syiokkk...
Terus suh mr hubby beli pisang, dia siap beli tepung adabi lagi.
Bila goreng memang semerbak bau!
Heaven nya bila dapat makan time berbuke semalam.. ^_*

Arini tengah pikir nak makan apa.. hehehe

Friday, 12 August 2011

Saya hepi

Since arini hari Jumaat, mood hepi tu memang terserlah since sahur lagi! =) Ye la, esok wiken. Maknanya x yah nak pegi keje. Ni kehapian yang pertama. Yang kedua pulak, petang ni lepas keje je trus cabut balik kampung tersayang di Melaka. Sangat2 seronok. Yang ketiga pulak, esok ingat nak ajak mak g beli baju raya/tudung dia la. Best2... yang keempat, arini start 3-days member sale Isetan, so nak g beli baju raya untuk abah. Ari rabu aritu dah reserve kat promoter tu sebab dia cakap bila member sale ada additional %diskaun untuk baju tu. So hepi hepi hepi la sangat...
Muka hepi masing2.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...