Thursday 18 August 2011

17 Ramadhan

Ekceli nak cite psl aktiviti semalam. Aritu aku ada update pasal program Sentuhan Kasih. So semalam adalah hari yg kitorang tunggu2 utk pegi ke Teratak Nur Barakah, Seksyen 24 Shah Alam. Kitorang gerak ke rumah tu dalam pukul 11 and sampai sana dalam pukul 12. Awal lagi sebenarnya sebab sepatutnya kene sampai umah tu dalam kul 1, ni kitorang terawal sampai. Segan gak nak masuk dulu tapi sbb x tau dah nk g mana, so kitorang masuk je la... Kalau time x pose sure dah lepak kedai mamak dulu.. hehe

Alhamdulillah, umah diorang lengkap dengan kemudahan2, x macam apa yang aku bayangkan la. Selesa pun selesa. Diorang ada 3 buah rumah kat deret tu, tapi bukan yg sebelah menyebelah. Yang main rumah kitorang pegi smlm adalah asrama untuk budak besar (lelaki) + kat ruang tamu tu dibuat jadi kelas. Rumah yg ke-2 tu asrama utk budak2 kecik (lelaki) + kelas tadika. Yang umah ke-3 tu adalah asrama budak perempuan. Lepas siap semayang zuhur, baru budak2 tu berkumpul. And diorang siap buat persembahan nasyid - nyanyi 3 buah lagu. Then diikuti dgn sesi penyerahan anak angkat kpd mak/ayah angkat. Comel2 budak2 ni.. Yang budak2 perempuan siap pakai tudung, comel je dgn pipi tembam diorg tu. =)

Ni hadiah yg kitorg bg utk Zaid. Wrap cantik2..

Ni keadaan kat area tempat bacaan

Time table ni ada bertampal kat dinding rumah. Awal budak2 ni dah bgn kan..

Masa ni ramai yang dh datang

Part of 42 orang budak2 kat rumah ni.. Umur diorang ni dalam 4-5 tahun.

Tengah tunggu nama diorang dipanggil utk bg nametag

Comel je bila masing2 pakai songkok and main sesama sendiri

Masing2 tengah dengar instruction dari ustazah

Hepi bila dapat hadiah..

Kitorang pun tumpang sekaki... hehehe

Ops, interframe lagi k..

Excited dia bukak hadiah..

Ni budak2 yang kerumun zaid masa zaid bukak hadiah.. sian je tgk diorang..

Siap belek buku tu sampai habis.. Bagus zaid suka baca buku..

Masing2 sibuk main keta kontrol.. seronok tengok..

Budak ni pun sama excited cuba keta kontrol dia..

Mula2 budak ni time datang dia duduk je. Bila tanya dia ckp dia sakit. Tapi lepas dapat hadiah, terus dia yg paling sporting posing utk amik gambar! hehe
Sangat seronok jumpa budak2 ni. And sedih jugak time nak balik tu sebab bila tengok muka budak2 ni cam mengharapkan kitorang stay lagi kat situ. Atleast kitorang dah menghiburkan hati budak2 dekat situ. Rasa puas jugak la bila balik tu.. =)

1 comment:

  1. aku rase sayu je..cam memahami perasaan anak2 yatim tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...