Friday, 29 April 2011

~aktiviti yang harus dilakukan~

Hi all,

Ni adalah acara boleh dikatakan 'harus' dibuat malam2, during weekdays..
iaitu bawak Nafiz g jalan2....
Tempat yg biasa jadi port kitorang adalah tempat2 family..
i.e JJ Wangsa Maju ke, JJ Keramat ke, Wangsa Walk ke...
Tapi tempat tu kene ada tempat permainan utk budak2 la..
So, jom layan gambar2 Nafiz sedang having fun kat JJ Wangsa Maju...
 (^_^)

Nafiz yg comel! i luv u!


Pin pin pon pon..

Jalan2 cari mainan...
Syok sgt dapat naik keta ni... hehe
Nafiz praktis nak jadi cam Qabil Ambak, equin negara.. Amin..

Jumpa kawan baru ke Nafiz..
Bersedia utk terjun...
Cak!!

Wednesday, 27 April 2011

~Nafiz @ PETROSAINS~

Hi all,
Ahad baru2 ni kitorang bawak Nafiz g jln2 PETROSAINS.
Best sebab dapat spent time together...
Bukan Nafiz jek yang excited, tapi Ibu dia pun sama!
Hehehe
Korang dah pegi ke PETROSAINS?
Memang recommended la pegi sebab banyak giler yang interesting kat situ!
2 jam memang senang2 je la kalau masuk situ..
Tak rasa penat, bila dah kuar baru terasa penat/lapar/haus...
hihihi
Jom layan gambar yang banyak diambil masa kat PETROSAINS... (^_^)


@ Terminal Putra, Gombak. Bawak Nafiz naik LRT.

Muka cuak sbb 1st time naik LRT.. hehe

Join main ngn bebudak lain.. Excited dia..

Conquer main sorg lps bebudak lain dah blah..

Mana satu nak main ni Ayah..

Kusyuk tgk budak main bulldozer
Bila saya nak dpt drive keta sendiri ni..

Eh, ada dunia dinosaur la kat bwh tu...

Nampak ke nak baca tu Nafiz.. hehe

The singing Dinosaur


Sempat bergambar.. =)

Take 5 jap... Hausnya..

Nafiz excited bila nampak baju budak sebelah tu Upin&Ipin..

Explore playground pulak...

Kusyuk main giant lego...

Baring jap atas lampu2 cantik ni la..

Bekerjasama utk hidupkan lampu tuh..

Future F1 driver.. =)

Penat.. Lps kuar mkn biskut trus tertido.. Sian dia.. (^_^)

Nak balik dah.. Nafiz baru bangun tido...

Ibu pun nak bergambar ngn Nafiz.. hehe

Wednesday, 20 April 2011

"Mama, saya lapar..."

Assalammualaikum.



Korang dah baca buku ni?
Buku ni sangat menarik and byk informasi yg berguna sesuai untuk ibu2 yang mempunyai anak kecil..
Actually, buku ni dah beli lama, tapi blum habis di baca lagi..
Sebabnya skrg dok sibuk membelek deco magazines je...
Maklumlah, nak pindah rumah ni excited nak cantikkan rumah, etc..
Nafiz pun suka tengok buku ni sebab buku ni byk gambar..
At the same time nk pupuk minat membaca Nafiz since dr kecik lg..
(wah, berjayakah?? hahahaha)
Ok lah, lunch time dah abis, so kene la sambung balik keje..



Sunday, 17 April 2011

ANA Ikan Bakar Petai

Korang penah tak makan kat ANA Ikan Bakar Petai?
Kat mana? Kat Tanjung Lumpur, Kuantan...
Ikan bakar dia lain dari yang lain sebab dimasak dgn petai..
Memang best la... Sebab lain dari yang lain kan..
Ramai orang makan kat sini, so dinasihatkan pegi awal kalau nak selesa... =)
Disebabkan tak sabar nak makan, terus terlupa nk amik gambar lauk2 tu...
So, pas abis makan baru teringat nak amik gambar.. Hehehe


Malam tadi kitorang order ikan siakap bakar petai, sotong tepung, kailan ikan masin, tomyam, and lala masak pedas.
Memang terangkat la... (^_*)


Nafiz interframe... Dia makan nasi, sampai kat rambut pun ada nasi.. Hehe
So kalau korang g Kuantan, jangan lupa singgah kat Ana Ikan Bakar Petai...
(Promo sikit la ye eventhough x dpt komisen..Hehe..)

Saturday, 16 April 2011

New gadget..

Semalam time lunch g lari jap ke PC Fair @ KL Convention Centre.
Purpose nak cari external hard disk.
External hard disk yang lama dh nak corrupt..
Sebelum dia langsung tak boleh bukak, tu yang kene la selamatkan sume folders yang ada dalam tuh...
Jalan punya jalan, tak tau nak beli brand apa..
Bila sampai kat booth Buffalo, tgk orang ramai kat situ, dalam hati cakap 'mesti brand ni ok, kalau tak, x kan la ramai orang kat sini'..
So ended up beli la external hard disk kat situ...
Tapi betul ke Buffalo ni ok? Faize, cecite skit...

500 GB

Try tansfer from yang lama ke yang baru

Pagi Jumaat yang penuh dgn emosi!!

Assalammualaikum..

Masa on the way pegi keje semalam kete aku kene langgar kat belakang... Tersirap gak darah nih.. Kereta depan brek mengejut, kitorang sempat brek from hentam kete depan, tapi keta kitorg lak jadi mangsa kat belakang... =(

Aku tak turun keta, hubby yang g tgk.. Pastu pegi depan sikit berenti kat tepi jalan.. Ye la, x nak lak kete belakang sume sangkut kalau kitorang berenti je kat situ..

Hubby g bincang ngn org yg langgar tuh, aku pemerhati dr dlm keta jek.. Panas gak discussion tu. Sebab apa? Orang yg sgt x berhati perut tu nak byr RM50 jek kat kitorang!! Apa la ko %$^#@ sgt! Setakat RM50 tu lps ke nk bwk g workshop?? Pikir la skit bai!! Kitorang mintak RM200 sbb nk kene ketuk balik, naik kan balik bumper tu & cat. Dia leh cakap "tipu la dik RM200, ni x sampai pun ni.." Statement yg plg aku menyirap "ntah2 bumper ni dah jatuh sblm saya langgar lagi". Aduss, mmg rasa nak keluar keta & g maki jek orang tuh... X tolerate langsung, tetap nak byr RM50 gak, pastu trus nak masuk balik dalam van Nissan Vennette dia..  Hubby bengang, dia x amik pun duit tu trus blah je... Tapi saya sangat bangga dgn hubby sbb dia berjaya kawal marah dia, sbb takut gak kalau dia g tumbuk terajang orang tuh kan... i mmg love u la sayang...

Cuba korang tgk gambar ni, patut ke bayar RM50 jek???

Calar merata2 tempat ni, pastu ada line pnjg kat bwh tuh yg x clear dlm pic ni

Pin bonet pun dh tanggal ni, mau berapa kena ni..
Orang K*&%#@ ni mmg aku doakan kete ko lak kene truk pasni.. Baru ko tau apa perasaan kitorang yg ko kerek2 x nak byr & tuduh2 kitorang lak tuh... Amin!

Terasa kejam tapi ntah la, kalau biar orang camni mau dia buat kat orang lain nih...

Thursday, 14 April 2011

Contest Baby Comel

Nafiz masuk Contest Baby Comel yang dianjurkan oleh Hot Mama Blogger...
Comel2 la baby yang masuk dalam contest tuh..
Ni saja suka2 jek...
Kat bawah ni sebahagian jek gambar baby2 comel ni..
Ada 36 orang semuanya..
Saingan mmg sengit sbb sume comey lotey.... (^_*)



Kalau kawan2 senang, masuk kat blog ni http://itsmeshielafirdaus.blogspot.com/ and vote kat situ..
Tapi vote hanya dikira kalau vote kat blog ni je tau!
Nafiz no. 10 k...
(^_^)
Time kacih byk2..
Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa2 anda.. =)

Sunday, 10 April 2011

Flashback...

Arini nak flashback jap time sekolah rendah dulu. Kalau time nak balik sementara tunggu bas sekolah, mmg x sah la kalau x singgah kat tepi stall yang jual cekedis, jeruk, air dan mcm2 lagi tu.. Time tu, aku salu beli sengkuang slice yang disapu dgn kaler merah (x pasti apa) dan ditabur ngan kekacang. Pergh... mmg fav tuh!

Ni lah dia sengkuang slice special

Nak dijadikan cerita, masa aku nak amik Nafiz aritu, ada la 1 stall baru kat bwh umah babysitter Nafiz, dia nya signboard tulis 'Old time'. Aku pun singgah la ingatkan dia jual pizza. Tapi rupanya dia jual sengkuang tu! Mmg terimbau balik la kenangan dolu2 ni... Sedap! Harga pun murah. Kalau spesel RM1.50, kalau biasa ada yang RM0.50 dan Rm1.00 (mungkin yg RM1.00 tu extra sikit kacangnya dari yang RM0.50..). Kiranya target customer stall ni untuk budak2 sekolah rendah la.. Memang ramai budak2 beli.. Salunya dia tutup cepat, before kul 7 pm. Aku tabik la bro and wife dia yang jual sengkuang ni. Memang mendapat sambutan la.. Laku! Pandai dia carik side income..

* Terfikir apa yang aku nk buat untuk side income... (^_*)

Kreatifnya Nafiz!

Assalammualaikum..

Arini saya sgt excited nak bercerita psl Nafiz.. 1 lagi pelajaran baru yg dia belajar baru2 ni. Ntah cmne dia tau buat kitorang (my husband & I) pun x pasti. Tapi sgt terkejut dia leh buat cmtu...


This picture tells everything.. Gambar ni candid sebenarnya, tu yg blur skit. Masa tgh tgk tv, tiba2 nafiz g amik kerusi merah dia ni and letak kat tepi kabinet tv tu. Ingatkan dia nak duduk kat situ, tapi tiba2 tgk dia naik atas kerusi tu and tekan suis tutup tv. MasyaAllah, sgt creative la anak ku ni! Kitorg sgt x sangka dia leh buat cmtu.. Sblm ni dia cuba nk tutup tv tu, tp x sampai. Tapi kitorang x de la ajar dia suh pakai kerusi tu kalau nak tutup tv. Dia sendiri yg belajar.. I'm so glad dapat tgk pembesaran dan pembelajaran Nafiz didepan mata.. Syukur dengan rahmat-Mu in ya Allah...

Ibu doakan Nafiz membesar jadi anak yg pandai, bijak, mendengar cakap dan anak yg soleh! Amin....

Friday, 1 April 2011

April dah?

Penghulu segala hari di minggu pertama di bulan April..

   Kawan2, 1st April dah arini... Cepatnya masa berlalu.. Sedar2 dah masuk bulan April.. Maknanya, mgg depan akan jadi mgg yg busy utk aku sebabnya closing untuk year end ni! Aduss... malas nak pikior... Lagi dipikir, rasa cam nak berenti keje je ni... hoho..
   Tiba2 teringat yang raya tahun ni end of bulan August kan? Maknanya dah nak kene antar baju raya untuk tempah la.. Kalau tak, lambat2 tailor dah x nak dah! So, arini nak pikir la tema kaler apa untuk tahun ni.. yey!
So sambil2 keje di hari jumaat ni, sambil tu jugak la akan mimikiorkan apakah tema untuk tahun ini...

Sehingga berjumpa lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...