Thursday 21 November 2013

Meningitis: apa yang perlu kita tahu?




Terpanggil dengan apa yang dibaca dlm Kosmo hari ni pasal budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitis, terus google apa benda meningitis ni?? Memang penah dengar tapi tak tau exactly apa bendanya..


Ok, jom amik tau psl penyakit ni.. Especially kalau ada anak kecik kan, kene la equip diri sendiri dgn info2 then boleh tau how to react kalau be in the situation..

Apa itu Meningitis?

Meningitis ialah radang membran yang meliputi otak yang cenderung merebak dengan cepat. Terdapat banyak jenis meningitis. Dua yang utama ialah meningitis jenis virus dan bakteria.
  1. Meningitis virus adalah jenis yang sering dijumpai dan agak ringan (sesetengah pesakit tidak sedar pun bahawa mereka telah dijangkiti). 
  2. Jenis jangkitan bakteria jarang berlaku namun, mengancam nyawa dan oleh itu, perlu dirawat segera. 
Berbahaya kepada bayi kita!
A) Dalam banyak case, ia seakan-akan influenza iaitu terdiri daripada:
  1. suhu badan yang tinggi atau demam,
  2. sakit kepala yang teruk,
  3. loya dan muntah,
  4. tidak suka pada cahaya, 
  5. leher yang tegang. 
B) Tidak semua simptom boleh diramalkan, antaranya sesetengah bayi akan: 
  1. menjadi lesu,
  2. tidak bermaya, 
  3. atau kejang disertai dengan pergerakan tersentak-sentak. 
C) Kadangkala terdapat ruam yang disebabkan oleh septisemia
  1. timbul di bawah kulit seperti satu kelompok titik-titik kecil,
  2. kelihatan seperti tanda-tanda pin halus,
  3. boleh timbul di mana-mana bahagian badan, 
  4. jika tidak dirawat, akan mula kelihatan seakan-akan lebam diikuti dengan kerosakan kulit dan perubahan warna menjadi ungu,
  5. ujian pengesanan? Kita boleh gunakan "ujian kaca" untuk memeriksa ruam yang disyakki.
  • Tekankan sisi sebuah gelas yang lutsinar ke atas ruam tersebut. 
  • Jika ia bukan ruam meningitis, ia akan pudar; tetapi jika ia ruam meningitis, ia akan kekal kemerahan. 
  • Jika terdapat sebarang keraguan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 
  • Ruam adalah salah satu tanda akhir sepsis yang mana selepas itu, keadaan anak kita akan menjadi kritikal dengan begitu pantas.
D) Tanda-tanda awal sepstisima merangkumi: 
  1. tangan dan kaki yang sejuk dan suhu yang tinggi
  2. warna kulit yang luar biasa pucat seperti kelihatan amat putih pudar, kebiruan atau gelap di sekitar bibir;
  3. sakit kaki yang meruncing yang menyukarkan pesakit itu berjalan atau berdiri;
E) Simptom2 lain:
  1. Bayi meragam (bagi bayi yg belum boleh berdiri/bercakap) kerana sakit otot atau sakit anggota atau sendi
  2. perhatikanlah pola pernafasan yang pantas dan luar biasa termasuk badan mengigil (sekiranya bayi kita sihat tapi mempunyai tangan dan kaki yang sejuk)
F) Tips
  1. Sentiasalah memeriksa bayi kita jika mempunyai sebarang rasa syak mengenai penyakitnya yang semakin teruk. 
  2. Jika tiada ruam yang timbul tetapi keadaan anak kita merosot dengan cepat, bawalah dia ke hospital dengan segera. 


Sharing is caring!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...