Monday 23 May 2011

Aktiviti di hujung minggu

Arini mood malas untuk bekerja la.. Isnin jek mesti cmni... Ni baru cuti 2 hari, lum cuti 20 hari lagi kan.. ish ish.. Sori ye boss.. Esok saya akan bekerja bersungguh2! hehe... Leh caya ke ni???


Nak cite semalam kitorang g cari kotak sebab nak start kemas barang2. So aku pun tanya la kat kedai runcit (tapi kedai ni besar mcm pasaraya la jugak) kat area umah aku tuh. Bila tanya pekerja kat belakang ckp leh tak aku amik kotak, diorang leh reply ngan kerek nya kat aku! Macam la aku ni kerja mengutip kotak untuk dijual! Hampeh btul... Sebab tak nak gaduh aku pun blah dengan perasaan yg sangat bengang! dem it la... Last2 aku jumpa gak kotak kat kedai baby ni. Tapi kene beli la 50 sen sekotak. Ok la dari kene bayar 5 ringgit sekotak kan..


So sesi mengemas pun berjalan la sampai petang... Abis sume gelas, pinggan, mangkuk aku dah balut ngan kertas and letak dalam kotak. Just tinggalkan untuk guna jek. Aku pelik la, barang nampak tak de la banyak pun tapi bila mengemas ni rasa cam banyak la pulak.. aish.. Ni baru dapur yang kecik, bilik2, living hall belum kemas lagi ni.. Mainan2 Nafiz pun leh tahan banyak gak ni.. Aduii.. Nak kene cari kotak lagi la nampaknya!


Sabtu aritu aku dah g tempah langsir. Last2 g tempah kat Nagoya jugak. Tapi yang tak best tuh langsir siap 3 hari selepas aku pindah nanti. Alamak, sebelum tu aku nak cover tingkap cmne ni ek?? Kalau biar jek kosong sementara tunggu langsir siap aci tak??

Petang ni lepas balik keje nak g Nagoya balik sebab nak tempah blind plastik untuk tingkap dapur. Malas nak pakai langsir kat dapur tuh, saja nak cari kelainan sikit. hehehe... Dah cari dah semalam kedai2 tak de yang jual blind plastik la, yang blind kayu tuh banyak la.. So tu yang decide nak tempah jek kat Nagoya sebab situ jek yang kitorang tau ada amik tempah yang murah.

2 comments:

  1. nape tak tempah kat nilai 3? sekejapan je dah siap.paling lama pun seminggu..n blind plastic tu kat tesco n ikea ada la..adik aku ada beli.ke ko nk yg lain dr yang lain punya?

    ReplyDelete
  2. sbb aku x pegi nilai 3 la faize.. x menyempat2 nak g, ada je hal. tu yg beli kat nagoya & jakel. so dah susah nak tempah yg aku beli kat jakel tu.. huhu..
    eh ada eh jual kat ikea/tesco? wah, nak g la carik.. nape x bgtau awal2?? =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...